HEADLINES

Sindiket judi dalam talian raih keuntungan hingga RM60,000 sebulan tumpas

Kegiatan itu terbongkar dengan penangkapan seorang lelaki dipercayai operator premis tersebut

9:26 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sindiket perjudian dalam talian yang dikesan mampu mengaut keuntungan sehingga RM60,000 tumpas dalam serbuan di sebuah premis di Jalan Stutong Baru, Kuching, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata, kegiatan itu terbongkar dengan penangkapan seorang lelaki tempatan berusia dalam lingkungan 20-an dipercayai operator pengendalian judi dalam talian.

“Berdasarkan rekod dan transaksi, sindiket ini dipercayai mengaut keuntungan lebih kurang RM2,000 sehari dan boleh menecah RM60,000 sebulan.

“Turut dirampas dalam serbuan itu satu unit komputer riba, router dan modem, empat unit telefon bimbit dan peralatan lain,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahsmon berkata, siasatan awal mendapati pusat tersebut beroperasi sejak Ogos tahun lalu dengan cara mempromosikan perjudian atas talian melalui panggilan telefon, aplikasi WhatsApp, WeChat, Telegram dan Facebook.

“Polis sedang giat mengesan pemilik sebenar premis berkenaan. Suspek kini direman sehingga Isnin depan,” katanya.

Menurutnya lagi, kes siasatan turut dibuka mengikut Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

“Jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak lebih RM50,000 dan penjara selama tempoh tidak lebih tiga tahun, selain dikenakan hukuman denda tidak kurang daripada RM5,000 dan tidak lebih RM50,000 bagi setiap mesin judi yang dirampas.

“Pihak polis mengalu-alukan sebarang maklumat daripada orang ramai berkaitan aktiviti perjudian atas talian di daerah Kuching dan boleh menyalurkan maklumat ke balai polis berhampiran,” katanya. – 13 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Related