HEADLINES

Rekahan pada cermin kokpit, pesawat Boeing 737-800 milik ANA terpaksa berpatah balik

Kejadian itu menambahkan lagi ‘cerita kurang senang’ terhadap Boeing selepas 737 Max 9 milik Alaska Airlines berdepan isu kecemasan

8:40 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sebuah pesawat Boeing 737-800 milik All Nippon Airways (ANA) yang dalam penerbangan menuju ke Toyama, Jepun terpaksa berpatah balik selepas rekahan pada cermin kokpit dikesan.

Kejadian itu menambahkan lagi ‘cerita kurang senang’ terhadap Boeing selepas pesawat 737 Max 9 milik Alaska Airlines berdepan isu kecemasan baru-baru ini.

Al-Jazeera melaporkan, dalam kejadian terbaharu, pesawat 1182 milik ANA terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Sapporo-New Chitose selepas rekahan pada cermin kokpit dikesan, kata jurucakap ANA semalam.

Jurucakap itu berkata, tiada kecederaan dilaporkan melibatkan 59 penumpang dan enam anak kapal itu.

“Rekahan itu tidak memberi kesan kepada kawalan atau tekanan di dalam pesawat,” katanya.

Kejadian tersebut merupakan yang kedua melibatkan Boeing dalam tempoh seminggu ini.

Bagaimanapun pesawat ANA itu, juga dalam kategori 737, bukannya model Boeing 737 Max 9 yang menjadi tumpuan selepas pesawat Alaska Airlines berdepan isu palam pintu tercabut, Sabtu lalu.

Biarpun pesawat Alaska Airlines dengan 174 penumpang dan enam anak kapal mendarat selamat, data penerbangan menunjukkan pesawat itu mendaki ke ketinggian 16,000 kaki sebelum kembali ke Lapangan Terbang Antarabangsa Portland.

Alaska Airlines menjelaskan, mereka menghentikan sementara perkhidmatan pesawat 737 Max 9.

Jumaat lalu, Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) menggantung perkhidmatan Boeing 737-9 Max sehingga pemeriksaan dan penyelenggaraan menyeluruh dijalankan dan data hasil pemeriksaan disemak. – 14 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Property overhang trend in Penang tapers, but long-term solutions remain crucial: Experts

Industry observers call for targeted interventions to resolve the state's housing glut problem

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

PIDM: Building resilience to safeguard your deposits

PIDM protects up to RM250,000 per depositor per member bank and up to RM500,000 for takaful and insurance benefits. For health-related insurance, PIDM protects 100% of your healthcare benefits.

Related