HEADLINES

Pemuda PAS Pahang gesa Pesta Muzik Pahang dibatalkan, tak sensitif

Mohd Zarimi berkata, sepatutnya pada bulan Rejab yang baru menjengah tiba ini, ia dihabiskan dengan memperbanyakkan ibadah seperti berzikir dan bersedekah

8:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR — Pemuda PAS Pahang mempersoalkan rasional di sebalik penganjuran Konsert Pesta Muzik Pahang yang dijadualkan pada 24 Februari ini kerana ia disifatkan sebagai tidak sensitif kepada keadaan semasa di Palestin serta hampir memasuki bulan Ramadan.

Ketua Pemuda PAS Pahang, Mohd Zarimi Abu Zih berkata, pihaknya memandang serius akan hiburan yang disifatkannya sebagai melampau dan didakwa kian membarah dalam negeri berkenaan dan Malaysia.

“Pemuda PAS Pahang kesal dengan penganjuran sebuah konsert yang bakal berlangsung pada 24 Februari 2024 bersamaan 14 Syaaban 1445H berbaki dari tarikh ini 15 hari bermulanya ibadah puasa Ramadan.

“Penganjuran ini jelas dengan tiada langsung sensitiviti kepada keadaan semasa juga di mana umat Islam di Palestin masih lagi diserang oleh puak Zionis,’’ katanya dalam kenyataan di sini.

Pesta Muzik yang menggabungkan seni muzik dan budaya warga Pahang dan Pantai Timur itu dijadual berlangsung di Stadium Darul Makmur Kuantan, Pahang, bermula jam 5 petang.

Antara yang bakal mengadakan persembahan ialah kumpulan muzik Indonesia, Ungu bersama barisan artis tempatan seperti Naim Daniel, Khai Bahar, Ara Johari, Nabila Razali, Eda Ezrin dan Den Manjo.

Mohd Zarimi berkata, sepatutnya pada bulan Rejab yang baru menjengah tiba ini, ia dihabiskan dengan memperbanyakkan ibadah, puasa sunat, sedekah, zikir, membaca Al-Quran dan lain-lain.

“Kian hari kita semakin jauh dengan agama. Sesetengah pihak ingin mengajak masyarakat dengan hiburan tanpa peduli kepada nasib umat Islam yang sering ditekan, disekat berkuliah dan sebagainya? Cukup,’’ katanya. – 15 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

Related