Tak salah pemimpin berhibur tapi jangan sampai…: Mufti

Setiap individu, termasuk pemimpin perlu menunjukkan budi pekerti baik bagi mengelakkan kesan buruk

10:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Islam tidak menghalang mana-mana individu daripada berhibur, namun ia harus berlandaskan kepada syarak agar tidak berlebihan serta melampaui batas.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, perkara itu harus diberi perhatian, lebih-lebih lagi membabitkan golongan dikenali atau seseorang yang bergelar pemimpin.

“Tidak salah berhibur tapi jangan sampai melalaikan sehingga mengabaikan kewajipan terhadap agama, keluarga, masyarakat dan kerjaya.

“Boleh berhibur selagi ia tidak menyebabkan kerja rasmi kita terbengkalai, biarlah bersederhana,” katanya kepada Scoop.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai aspek berhibur dari sudut pandang Islam, terutama dalam kalangan pemimpin.

Menurutnya, beliau memberi penjelasan itu secara umum tanpa merujuk kepada individu atau pihak tertentu.

Setiap individu, termasuk pemimpin perlu menunjukkan budi pekerti baik bagi mengelakkan kesan buruk.

“Contohnya jika seseorang pemimpin melakukan sesuatu yang tidak baik, dibimbangi akan rosakkan kredibilitinya, selain boleh mempengaruhi generasi muda supaya melakukan perkara sama,” katanya.

Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor berpendapat, pemimpin atau ‘public figure’ mungkin perlu mempertimbangkan untuk mempunyai penasihat bagi menjaga imej dan ketrampilan di mata umum – Gambar Facebook, 15 Januari, 2024

Ditanya perlukah seseorang pemimpin atau ‘public figure’ mempunyai penasihat bagi menjaga imej dan ketrampilan di mata umum, Wan Salim berpendapat, perkara itu wajar diberi pertimbangan.

Katanya, sebagai pemimpin seseorang itu perlu sentiasa menampilkan imej baik dan positif agar dapat menjadi ikutan ramai.

Malah, ujarnya, setiap manusia termasuk pemimpin mempunyai kelemahan yang mungkin disebabkan terlalai dan memerlukan seseorang untuk mengingatkan.

“Seperti mana setiap pemimpin ada penasihat dalam bidang seperti ekonomi atau pengurusan, saya merasakan pemimpin juga perlukan pasukan yang dapat memberikan nasihat dari segi kebaikan akhlak dan adab, agar mereka boleh menampilkan imej positif serta baik kepada orang ramai.

“Sekiranya dia ada buat sesuatu (berhibur) yang menyimpang atau tidak manis, dibimbangi perkara itu akan menjadi contoh lebih-lebih lagi kepada generasi muda,” katanya.

Terdahulu, tindakan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang ‘ralit’ berkaraoke dengan wanita menerusi platform TikTok hingga lewat pagi baru-baru ini, mengundang kecaman ramai.

Perlakuannya itu juga dikatakan kurang disenangi sesetengah ahli PAS, sehingga menerima pelbagai teguran, malah ada yang beranggapan apa dilakukan Sanusi sebagai dosa besar. – 15 Januari, 2024

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Where is Sabah AG Nor Asiah on 40% grant revenue issue, ask state advocates

Former assemblyman says AG should be at the forefront in advocating for Sabah's rights

Saya juga manusia, punya hati: Ning Baizura sedih, terguris diri digelar Kristian, keluarga dikritik

Jelas Ning, beliau kecewa kerana daripada satu perkara kecil, ia diperbesarkan segelintir netizen, termasuk menyerang Instagramnya dengan kata-kata hinaan

Related