HEADLINES

Bekas setiausaha politik Mat Sabu bebas 7 tuduhan minta, terima rasuah RM6.48 juta

Lima kes didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan dua lagi di Mahkamah Sesyen Shah Alam sebelum ketujuh-tujuh tuduhan dibicarakan secara bersama di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur

7:32 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen di sini melepas dan membebaskan bekas Setiausaha Politik kepada bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Sabu daripada tujuh pertuduhan menerima dan meminta rasuah berjumlah RM6.48 juta daripada syarikat kontraktor bagi membantu mendapatkan projek di kementerian itu.

Peguam Haijan Omar, mewakili tertuduh, Mohd Azhar Che Mat Dali, 53, ketika dihubungi pemberita berkata, Hakim Rozina Ayob memutuskan demikian pada prosiding perbicaraan kes di peringkat pendakwaan, Jumaat lalu.

“Saya sahkan mahkamah melepas dan membebaskan anak guam saya daripada tujuh pertuduhan tersebut. Itu sahaja saya boleh sahkan,” katanya ketika diminta penjelasan mengenai pembebasan tersebut.

Kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mahadi Jumaat.

Pada 15 Oktober 2020, Mohd Azhar mengaku tidak bersalah atas pertuduhan meminta suapan RM5 juta daripada Pengarah Urusan Syarikat FEHM Entity Sdn Bhd, Elias Jemadi Tajudin sebagai upah membantu syarikat itu untuk dipilih menjadi Rakan Strategik dan Kontraktor Senggaraan Bagi Peralatan Perisikan Kementerian Pertahanan.

Dia dituduh melakukan perbuatan itu di sebuah hotel di Jalan Ampang, Kampung Baru, di sini pada 22 Julai 2019.

Mohd Azhar juga didakwa atas empat pertuduhan menerima suapan berjumlah RM1.35 juta daripada Elias Jemadi melalui Pengarah Syarikat Ikaira Resources, Zainudin Abdul Majid dan Pengarah Syarikat Aqsa Solutions Sdn Bhd., Ahmad Hisham Mohd Tajuddin bagi tujuan sama.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di beberapa lokasi di sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya, antaranya di parkir kediaman rasmi Menteri Pertahanan di sini, antara September 2019 dan Februari 2020.

Di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 23 Oktober 2020, Mohd Azhar mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan menerima suapan RM130,000 daripada Elias Jemadi dan Zainudin bagi tujuan berkenaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang dan Kota Damansara, Petaling Jaya, pada 2019.

Semua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, tujuh pertuduhan itu dibicarakan bersama di Mahkamah Sesyen di sini. – 15 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

What will we call for next? A ban on cheap cigarettes, tuak and kapcais? – Rocky Bru

While concerns over drug-laced vapes grow, a blanket ban could backfire by wiping out businesses, threatening jobs, pushing trade underground amid weak enforcement and open tank loopholes

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related