◉ HEADLINES

Masalah kekurangan gula di Labuan selesai esok: Armizan

Datuk Armizan Mohd Ali berkata, bekalan gula tambahan dari Pelabuhan Klang sudah bergerak ke Labuan

8:26 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Isu kekurangan gula di Labuan dijangka selesai selewat-lewatnya esok, susulan kemasukan sebanyak 118.90 metrik tan bekalan itu dari Sabah dan Semenanjung.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, beliau meminta kementeriannya untuk mengambil tindakan serta-merta selepas dimaklumkan Ahli Parlimen Labuan, Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman mengenai masalah itu.

“Bekalan gula tambahan dari Pelabuhan Klang sudah bergerak ke Labuan. Insya-Allah masalah ini akan pulih,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri pertandingan akhir Debat Kepenggunaan antara Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) 2024 Piala Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup di Cyberjaya, malam tadi.

Armizan berkata, faktor kedudukan Labuan yang jauh dari lokasi punca bekalan gula, menjadi isu utama hingga memberi kesan serius dalam rantaian penghantaran bahan makanan itu.

Terdahulu, media melaporkan penduduk di Labuan berdepan kesukaran mendapatkan gula, malah ia menjadi isu hangat dalam kalangan pengguna di media sosial.

Isu kekurangan gula di pulau bebas cukai berkenaan turut disebabkan bekalan tidak dapat memenuhi permintaan penduduk setempat. – 16 Januari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Best results since 2013: SPM 2024 shows improvement across the board

14,179 students scored straight A’s, significantly increasing from 11,713 last year and highest number in over a decade

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

◉ Related