◉ HEADLINES

Siasatan kes pembunuhan Zayn Rayyan: Belum ada perkembangan positif

Ketua Polis Negara menegaskan siasatan masih berjalan bagi mengesan suspek

8:40 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – ‘Masih belum ada perkembangan positif’.

Demikian menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain kepada Scoop ketika ditanya mengenai perkembangan semasa siasatan terhadap kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6.

Malah beliau berkata, siasatan masih berjalan termasuk dalam mengesan suspek.

“Segala aspek masih lagi dalam siasatan,” katanya ringkas ketika dihubungi hari ini terutama persoalan mengenai karakter suspek dan bahan bukti setakat ini.

Baru-baru ini beliau menegaskan siasatan kes Zayn Rayyan sudah melebihi 90 peratus dengan tumpuan kini terarah kepada semua maklumat yang dikumpul ketika siasatan.

Beliau turut menyatakan kemungkinan melakukan tangkapan ke atas suspek yang dirasakan bertepatan dengan lebih 50 peratus kebarangkalian berdasarkan keterangan.

Bagaimanapun katanya, motif sebenar pembunuhan terhadap mangsa masih dalam siasatan polis.

Minggu lalu, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, polis tidak akan menghentikan siasatan sehingga petunjuk baharu diperoleh.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan pula berkata, polis telah menerima maklum balas daripada Polis Antarabangsa berkaitan semakan pangkalan data berhubung beberapa maklumat yang diperoleh hasil siasatan setakat ini.

Pada 5 Disember lalu, Zayn Rayyan disedari hilang pada jam 12.30 tengah hari, sebelum ibunya, Ismanira Abdul Manaf, 28, membuat hebahan di media sosial dan laporan polis.

Usaha pencarian dijalankan polis dengan dibantu anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan anjing pengesan Unit K9 yang membabitkan kawasan belukar dan longkang berhampiran dalam radius kira-kira 300 meter.

Dia kemudian ditemukan tidak bernyawa sehari kemudian di kawasan anak sungai, berhampiran kediamannya di Apartment Idaman, Damansara Damai.

Menurut kenyataan polis, sungai berkenaan terletak kira-kira 100 meter dari kawasan rumah kanak-kanak itu.

Dalam sidang medianya sebelum ini, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, Zayn Rayyan dipercayai dibunuh di tempat lain, bukan di lokasi mayatnya ditemukan.

Polis kemudiannya memohon bantuan Pertubuhan Polis Antarabangsa (Interpol) bagi membantu siasatan kes pembunuhan Zayn Rayyan. – 16 Januari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

◉ Related