HEADLINES

Mangsa kes gangguan seksual ‘pinggir jalan’ diminta lapor polis

Terdahulu, tular klip video memaparkan seorang wanita diganggu secara seksual seorang lelaki menaiki motosikal, sambil pelaku melakukan perbuatan disyaki onani

5:04 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang wanita yang dikatakan diganggu secara seksual penunggang motosikal dalam kejadian dipercayai di Kota Damansara baru-baru ini, sehingga videonya tular di media sosial dinasihat tampil membuat laporan polis.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, laporan itu membolehkan pihaknya menjalankan siasatan berhubung kes melanggar kesopanan di tempat awam berkenaan.

“Pada 15 Januari 2024, jam kira-kira 4.37 petang, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, menerima laporan polis daripada pengadu, iaitu seorang pegawai polis.

“Laporan itu mengatakan ketika pengadu sedang berada di pejabat pegawai penyiasat jenayah IPD berkenaan, dia terkesan satu klip video berdurasi 46 saat dimuat naik pemilik satu akaun Twitter,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Beliau berkata, klip video itu memaparkan seorang wanita diganggu secara seksual seorang lelaki menaiki motosikal, sambil pelaku melakukan perbuatan disyaki onani.

“Semakan mendapati tiada laporan kes dibuat wanita itu, (justeru) pihak polis menasihatkan mangsa untuk tampil membuat laporan bagi membantu siasatan,” katanya.

Fakhrudin berkata, kes itu disiasat di bawah Seksyen 377d Kanun Keseksaan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kes ini boleh menghubungi bilik gerakan IPD Petaling Jaya di talian 03-79662222 atau pegawai penyiasat kes di talian 017-3356810,” katanya.

Terdahulu, tular kilp video memaparkan seorang wanita sedang berjalan kaki di kawasan agak sunyi.

Secara tiba-tiba seorang lelaki menunggang motosikal datang dari arah depan.

Lelaki terbabit memperlahankan motosikalnya, sebelum berpatah balik ke arah wanita itu.

Dia kemudian berhenti di tepi jalan sambil melihat wanita terbabit dengan bertindak melakukan perbuatan tidak senonoh itu. – 16 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Is hibah still a safe option if courts can reverse it?

After court overturned a RM1 million takaful hibah, sparking confusion and concern among policyholders and the public, experts stress that it remains relevant if done properly

Is it costly for small businesses to obtain halal certification?

A restaurant owners’ group agrees it can be, while application guidelines show fee is not high but added costs lie in the process to achieve compliance

Right-wing commentator Ian Miles Cheong under police scrutiny

According to authorities, investigation focuses on alleged social media posts that could incite public unrest

Related