HEADLINES

Israel, Hamas capai persetujuan lebih banyak bantuan disalur ke Gaza

Di bawah perjanjian itu, ubat-ubatan akan diberikan kepada tawanan yang masih ditahan Hamas

8:29 AM MYT

 

KUALA LUMPUR — Israel dan Hamas mencapai perjanjian untuk membenarkan lebih banyak bantuan kemanusiaan ke Gaza, kata pengantara Qatar.

Menurutnya, di bawah perjanjian yang diuruskan oleh Qatar dan Perancis, ubat-ubatan akan diberikan kepada tawanan yang masih ditahan Hamas.

Sebagai tindak balas, Israel akan membenarkan lebih banyak bekalan asas ke Gaza.

Keadaan di wilayah itu semakin meruncing selepas lebih tiga bulan diserang Israel.

Sementara itu, Amerika Syarikat (AS) berharap perbincangan lanjut boleh membawa kepada pembebasan lebih ramai tebusan.

Wakil AS ke Timur Tengah berada di Qatar untuk membincangkan kemungkinan perjanjian sedemikian, kata jurucakap Majlis Keselamatan Negaranya, John Kirby, semalam.

Tambahnya, perbincangan itu ‘sangat serius dan intensif’.

“Kami berharap ia akan membuahkan hasil tidak lama lagi,” katanya.

Sebelum ini, jurucakap Kementerian Luar Qatar, Majed Al Ansari mengumumkan perjanjian bantuan ke Gaza.

Di bawah perjanjian itu, bekalan kemanusiaan akan berlepas dari Doha menuju ke Mesir, hari ini.

Bantuan itu kemudiannya akan dibawa ke Gaza, untuk dihantar kepada orang awam, manakala ubat-ubatan akan sampai kepada tawanan Israel.

Lebih 132 tebusan dipercayai masih ditahan di Gaza.

Kira-kira 240 tebusan ditawan oleh Hamas dalam siri serbuan di selatan Israel pada 7 Oktober lalu. – 17 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Cops on manhunt for suspects who murdered college student in Cyberjaya

Sepang police confirm incident happened today, involving 20-year-old female victim

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related