HEADLINES

Air Selangor umum tarif air baharu untuk pengguna domestik esok

Ia susulan kenaikan purata 22 sen bagi setiap meter padu membabitkan pengguna di Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan, 1 Februari depan

11:52 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Syarikat konsesi air terbesar Malaysia, Air Selangor akan mengumumkan tarif domestiknya yang diselaraskan esok berikutan pengumuman kenaikan berkuat kuasa 1 Februari depan.

Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dalam satu kenyataan memaklumkan, tarif air bagi pengguna domestik akan menyaksikan kenaikan purata 22 sen bagi setiap meter padu membabitkan pengguna domestik di Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Air Selangor membekalkan air kepada lebih sembilan juta pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Syarikat konsesi pada Julai tahun lalu berharap kerajaan Persekutuan menyemak dan menaikkan tarif air domestik, yang kali terakhir disemak 17 tahun lalu.

Air Selangor turut menyebut peningkatan dalam kos operasi dan perbelanjaan modal, terutamanya yang berkaitan dengan infrastrukturnya.

Pada 2022, syarikat konsesi mencatatkan hasil sebanyak RM2.45 bilion, meningkat 12.38 peratus daripada RM2.18 bilion yang dicatatkan pada tahun sebelumnya.

Sementara itu, kerajaan Selangor melancarkan Skim Air Darul Ehsan, bertujuan menyediakan 20 meter padu air percuma setiap bulan kepada isi rumah berpendapatan RM5,000 ke bawah di negeri itu.

Bagi pengguna pukal domestik di rumah pangsa kos rendah, mereka akan terus menerima 20 meter padu air percuma secara automatik setiap bulan sehingga 31 Disember 2024. – 17 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

‘It’s unsettling’, Mirzan Mahathir’s family shaken as Cartier, Rolex, among RM1.8mil in valuables stolen from home

Burglars ransacked the family home while daughter was present, leaving the family devastated as police launch a full investigation

Government to roll out targeted RON95 subsidy using IC-based verification

Tech-driven mechanism aims to curb misuse and ensure only deserving Malaysians benefit from subsidised fuel

Related