HEADLINES

‘Ramasamy takut Aaron jumpa saya, bimbang sikap perkaumannya terbukti’: Tun M

Ciapan terbaharu bekas Perdana Menteri itu membalas kenyataan Ramasamy terhadap beliau semalam

1:52 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Nampaknya perang mulut antara bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas pemimpin DAP, P. Ramasamy masih belum berkesudahan.

Susulan kenyataan panas Ramasamy semalam, Dr Mahathir kembali menghangat keadaan.

Menerusi ciapan terbaharunya kepada Datuk Aaron Ago Dagang di platform X, Dr Mahathir menyindir Ramasamy sengaja mengapi-apikan Menteri Perpaduan itu supaya menolak perjumpaan dengan beliau.

“Ke hadapan @AaronAgoDagang. Ramasamy bimbang (sikap) perkaumannya akan dibuktikan. Jadi, dia tak nak awak jumpa saya,” katanya.

Menurut Dr Mahathir, beliau juga bersedia bertemu dengan Ramasamy tetapi mendakwa bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Prai itu takut untuk berbuat demikian.

“Saya bersedia untuk bertemu dengannya, tetapi beliau takut,” katanya.

Semalam, Ramasamy mendakwa perjumpaan antara Aaron dengan Dr Mahathir bagi membincangkan kenyataannya yang mempersoalkan kesetiaan kaum India kepada negara ini, dikhuatiri akan berakhir sebagai satu tindakan yang sia-sia.

Beliau berkata, walaupun perjumpaan tersebut amat dialu-alukan, beliau tidak yakin ia akan memberi impak besar kepada Dr Mahathir.

“Mahathir memandang pengalaman politiknya yang luas, berpendapat bahawa beliau mengetahui jawapan kepada masalah yang melanda masyarakat Malaysia.

“Saya fikir pertemuan itu akan menjadi pertemuan di mana Dr Mahathir akan bercakap manakala Aaron (hanya) akan mendengar. Secara ringkasnya, ia bukan dialog tetapi monolog!,” katanya.

Kelmarin, Dr Mahathir berkata, beliau bersedia berjumpa dengan Aaron seperti dicadangkan susulan kenyataan beliau mendakwa masyarakat India Malaysia masih tidak setia sepenuhnya kepada negara.

Aaron sebelum ini berkata, adalah tidak wajar pemimpin politik mengeluarkan kenyataan sedemikian.

Beliau berkata, pemimpin harus menjadi contoh dalam memupuk nilai perpaduan, keharmonian dan semangat kebersamaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengecam dan menyifatkan kenyataan Dr Mahathir itu sebagai tidak bertanggungjawab.

Anwar berkata, Dr Mahathir terkenal mengeluarkan kenyataan sedemikian.

“Baginya, semua orang Melayu malas, kecuali dirinya sendiri. Dan orang India dan Cina Malaysia tidak setia melainkan jika mereka adalah kroninya,” katanya. – 19 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Related