HEADLINES

Tidur dengan ‘Teddy Bear’ bukan perkara terlarang, kata Dr Maza

Dr Maza menegaskan, sekiranya ia melibatkan perkara ibadah, maka sememangnya Islam sangat tegas malah ia tidak boleh direka atau ditambah

10:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR — Orang dewasa yang tidur dengan patung permainan seperti ‘Teddy Bear’ tidak dianggap sebagai perkara terlarang dengan syarat patung itu tidak diagung-agungkan dan hanya dijadikan sebagai permainan.

Mufti Perlis, Datuk Mohd Asri Zainul Abidin atau lebih dikenali sebagai Dr Maza berkata, Islam itu agama yang sifatnya luas.

Bagaimanapun Dr Maza menegaskan, sekiranya ia melibatkan perkara ibadah, maka sememangnya Islam sangat tegas malah ia tidak boleh direka atau ditambah supaya tidak ada perkara yang boleh membawa kepada syirik.

“Kalau wanita tidur dengan teddy bear, ini termasuk sebagai patung mainan, dia boleh tidur dan tidak dianggap sebagai perkara terlarang. Kalau lelaki, kena tengok, kalau ia perbuatan yang tidak menjuruskannya kepada (sifat) wanita, maka tak apa.

“Dalam hal-hal seperti ini kalau nak bagi hukum kepada orang awam, keluar benda yang muamalah ini, kita cenderung kepada yang lebih luas.

“Cumanya saya nak sebut tentang satu hal, di dalam Fekah, dalam masalah muamalah, benda yang tidak menyentuh mengenai menzalimkan orang, tidak menjejaskan akidah dan benda yang tidak membodohkan akal maka agama cenderung kepada memudahkan,’’ katanya menerusi klip rakaman Youtube yang dimuatnaik dalam akaun media sosialnya.

Kalau wanita tidur dengan teddy bear, ini termasuk sebagai patung mainan, dia boleh tidur dan tidak dianggap sebagai perkara terlarang. – Gambar hiasan Pexels, 20 Januari, 2024

Beliau menjawab persoalan daripada netizen mengenai ‘apa hukumnya orang dewasa main dan tidur dengan Teddy Bear’?

Baru-baru ini penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus berkata, hukum tidur dengan patung mainan adalah haram.

“Sekarang ini ramai sangat budak perempuan tidur dengan patung, hukumnya haram, tak boleh. Patung-patung ini hanya untuk kanak-kanak bermain,’’ kata Azhar menerusi satu sesi ceramah sebelum ini. – 20 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Related