HEADLINES

Lelaki rakam video tidak sopan artis ditahan polis

Artis wanita itu dimaklumkan oleh orang awam ada seorang lelaki buat rakaman tersebut guna telefon bimbit

4:55 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis menahan seorang lelaki berusia 33 tahun yang membuat rakaman video tidak sopan dari bawah pentas ketika persembahan artis dalam satu acara di sebuah pasar raya di Bukit Jalil, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, polis telah menerima tiga laporan berkenaan kejadian suspek yang membuat rakaman video itu menggunakan telefon bimbitnya.

Menurutnya, siasatan awal mendapati, kejadian berlaku pada jam 9 malam tadi di mana artis wanita itu telah dimaklumkan oleh orang awam bahawa ada seorang lelaki membuat rakaman video tidak sopan dari bawah pentas.

“Seterusnya, rakan pengadu bersama dengan orang awam telah berjaya mengesan dan menangkap suspek di dalam kawasan pasar raya tersebut. Suspek telah diserahkan kepada pihak polis bantuan untuk tindakan lanjut.

“Bertindak atas maklumat, pada jam lebih kurang 11.15 malam, anggota Pencegahan Jenayah Balai Polis Bukit Jalil telah membuat tangkapan semula ke atas suspek,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

Katanya, reman ke atas suspek telah dibenarkan selama tiga hari bermula hari ini hingga 22 Januari.

Rakaman video tidak sopan yang dilakukan oleh suspek menggunakan telefon bimbitnya. – Gambar tular, 20 Januari, 2024

“Kita tidak akan berkompromi dengan mana-mana orang yang gagal mematuhi undang-undang negara dan tindakan tegas akan diambil agar masyarakat sentiasa berada di dalam keadaan aman dan tenteram.

“Sekiranya mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian ini, orang ramai boleh menghubungi Hotline Polis Cheras di talian 03-92845050/ 5051, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis yang berdekatan,” katanya. – 20 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Spotify hikes Premium subscription fees by RM1 to RM3 in Malaysia

Subscribers will face higher monthly payments across all Premium plans, effective from September

Government to roll out targeted RON95 subsidy using IC-based verification

Tech-driven mechanism aims to curb misuse and ensure only deserving Malaysians benefit from subsidised fuel

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Related