HEADLINES

Penternak ikan rugi RM100,000, kira-kira 250,000 ikan keli mati dipercayai diracun

Ini adalah kali kedua kolam ikan milik Song diracun dengan kali pertama berlaku kira-kira 10 tahun lalu

6:00 PM MYT

 


KUALA LUMPUR — Lebih 250,000 ekor ikan keli di sebuah kolam ikan di Seberang Perai, Pulau Pinang, mati dipercayai diracun mengakibatkan kerugian kira-kira RM100,000.

Menurut pemilik kolam berkenaan yang dikenali sebagai Song, kolam yang terlibat dengan kejadian itu terletak berhampiran dengan jalan raya dan ikan-ikan berkenaan sudah sedia untuk dihantar kepada pembeli pada bila-bila masa.

Song mempunyai 11 kolam ikan, dengan kolam terbabit mempunyai keluasan lima meter persegi.

Song berkata, dia telah melawat kolam ikannya itu kira-kira jam 7 pagi semalam dan selepas mendapati keadaan itu terlalu ‘tenang’, dia telah meminta pekerjanya membuat pemeriksaan.

“Pekerja saya mendapati ikan-ikan telah mati dan timbul di atas permukaan air.

“Keluarga saya mendengar bunyi anjing di situ menyalak sekitar jam 3 pagi,’’ kata Song yang mempunyai pengalaman dalam bidang ternakan ikan selama 15 tahun, seperti yang dilaporkan oleh media berbahasa Cina, Kwongwah.

Song mempunyai enam pekerja dan 10 anjing untuk menjaga kawasan berkenaan serta mendapat anugerah kerana mempunyai kolam ternakan terbesar di negara, tiga bulan lalu.

Jelasnya, ini adalah kali kedua kolam ikannya diracun dengan kali pertama berlaku kira-kira 10 tahun lalu.

Ketika itu, ujar Song, dia mengalami kerugian antara RM20,000 ke RM300,000.

Song telah membuat laporan polis dan turut merancang memasang CCTV bagi tujuan memperketatkan kawalan keselamatan. – 21 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Malaysia tightens expatriate salary requirements to protect local talent from June 2026

Revised Employment Pass rules aim to prioritise Malaysians and encourage job localisation

Immigration clearance at KLIA meets 25-minute target most of the time: home minister

When there are delays, they are due to changes to flight schedules causing simultaneous arrivals

FIFA boss Gianni Infantino earns a World Cup sized paycheck

Since 2016, FIFA president Gianni Infantino has seen his salary soar to over €5 million a year and that’s before performance bonuses and eye-popping perks like mattresses, tuxedos, and exercise steppers. Football’s top boss is living large while running the world’s game

Related