HEADLINES

Isteri Daim, Na’imah tiba di mahkamah untuk pendakwaan di bawah akta SPRM

Na’imah yang ditemani anaknya, Muhammed Amir Zainuddin dan dua peguam berdepan pertuduhan di bawah Seksyen 36 (2) Akta SPRM 2009 kerana gagal mengisytihar harta

8:43 AM MYT

 

KUALA LUMPUR — Toh Puan Na’imah Abdul Khalid, isteri kepada Tun Daim Zainuddin, tiba di Mahkamah Sesyen Jenayah 9, Kuala Lumpur pagi ini.

Beliau berdepan pertuduhan di bawah Seksyen 36 (1) Akta SPRM 2009 [Akta 694] kerana gagal mengisytihar harta.

Na’imah, 67, berbaju kurung hijau muda tiba pada 8.30 pagi ini. Beliau ditemani anaknya, Muhammed Amir Zainuddin dan dua peguam.

Pada 10 Januari lalu, Na’imah bersama dua anaknya, Muhammed Amin dan Muhammed Amir dipanggil memberi keterangan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya.

Na’imah dilaporkan ditahan SPRM di Hospital Assunta, Petaling Jaya pada jam 4.50 petang kelmarin.

Daim sebelum ini dikatakan antara yang turut disiasat SPRM berkait transaksi korporat bernilai RM2.3 bilion pada November 1997 membabitkan Renong Bhd dan United Engineers Malaysia Bhd (UEM), dua entiti yang juga bekas tonggak perniagaan dikaitkan dengan Umno ketika parti itu mentadbir negara.

Bulan lalu, SPRM turut menyita bangunan Menara Ilham di Jalan Binjai, di ibu negara, yang dikatakan milik keluarga Daim.

Notis penyitaan bangunan setinggi 60 tingkat itu bertarikh 18 Disember tahun lalu disiarkan melalui ruangan pemberitahuan sebuah portal berita dengan ditandatangani Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Ahmad Akram Gharib.

Pada 3 Januari lalu, media melaporkan SPRM memanggil empat individu bagi membantu siasatan kes sama yang direkodkan mengikut Seksyen 30 Akta SPRM 2009. – 24 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Feathers ruffled over hornbill flap – Joseph Masilamany

Why getting Sarawak’s state bird right matters more than you think 

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Related