Pasukan Petugas 1MDB mahu ambil tindakan undang-undang terhadap bank asing

1MDB membayar yuran khidmat nasihat yang terlalu tinggi sebanyak AS$606 juta kepada Goldman Sachs bagi nasihat membabitkan terbitan tiga bon berjumlah AS$6.5 bilion

12:19 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pasukan Petugas Pemulihan Aset 1MDB mempertimbangkan untuk memulakan prosiding undang-undang terhadap beberapa bank asing yang memberi kemudahan pemindahan dana berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) tanpa melaksanakan proses Kenali Pelanggan Anda (KYC) dengan sewajarnya pada masa itu.

Pengerusinya, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, pasukan petugas komited sepenuhnya untuk menangani perkara berkaitan 1MDB secara telus dan memastikan semua pihak terbabit bertanggungjawab.

“Kerumitan perjanjian penyelesaian memerlukan semakan yang teliti dan Pasukan Petugas 1MDB mengambil bahagian secara aktif dalam proses timbang tara untuk memastikan penyelesaian yang adil demi kepentingan rakyat Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Johari berkata, pasukan petugas juga sedang mengkaji sama ada perunding dan peguam yang mewakili kerajaan Malaysia pada masa itu mungkin telah gagal dalam tanggungjawab fidusiari mereka atau cuai dalam mencapai perjanjian penyelesaian.

Beliau berkata, pada masa ini, didapati perunding dan peguam yang mewakili kerajaan Malaysia pada masa itu gagal mendapatkan penyelesaian yang adil dan sewajarnya daripada Goldman Sachs Group Inc.

“Sebarang tindakan sedemikian di pihak perunding dan peguam, yang gagal merundingkan perjanjian penyelesaian yang adil dan jelas telah menjejaskan kedudukan kerajaan Malaysia dalam pertikaian yang sedang berjalan,” katanya.

Menurut Johari, perjanjian penyelesaian yang ditandatangani pada Ogos 2020 antara kerajaan Malaysia dan Goldman Sachs memerlukan syarikat itu membayar bayaran tunai AS$2.5 bilion (kira-kira RM11.84 bilion) dan memberikan jaminan pemulihan aset sebanyak AS$1.4 bilion (RM6.63 bilion) kepada kerajaan Malaysia.

Sementara itu, Johari berkata, kerajaan Malaysia telah memfailkan jawapan balas pada 8 November, 2023, terhadap permohonan untuk timbang tara Goldman Sachs dan pihak terbabit kini dalam proses bersetuju mengenai jadual waktu tatacara.

Untuk makluman orang ramai, 1MDB membayar yuran khidmat nasihat yang terlalu tinggi sebanyak AS$606 juta (RM2.87 bilion) kepada Goldman Sachs bagi nasihat membabitkan terbitan tiga bon berjumlah AS$6.5 bilion (RM30.78 bilion).

Menurut Datuk Seri Johari Abdul Ghani, pasukan petugas sedang mengkaji sama ada perunding dan peguam yang mewakili kerajaan Malaysia pada masa itu mungkin telah gagal dalam tanggungjawab fidusiari mereka atau cuai dalam mencapai perjanjian penyelesaian. – Gambar Johari Ghani, 23 Januari, 2024

Penglibatan secara langsung Goldman Sachs dalam skandal 1MDB telah menyaksikannya didenda oleh pelbagai pihak pengawal selia, termasuk Jabatan Kehakiman AS yang berjumlah AS$2.9 bilion (RM13.73 bilion).

Jumlah denda dibayar oleh Goldman Sachs adalah melebihi bayaran tunai yang dibuat kepada kerajaan Malaysia (AS$2.5 bilion), walaupun Malaysia mengalami kesan terbesar daripada skandal 1MDB apabila perlu membayar sebanyak AS$6.5 bilion (jumlah prinsipal) serta faedah kira-kira AS$3.2 bilion (RM15.15 bilion) dalam tempoh 10 tahun untuk melunaskan hutang 1MDB.

Pertikaian pada masa ini tertumpu kepada cubaan Goldman Sachs untuk mengimbangi denda yang dikenakan ke atas AMMB Holdings Bhd (RM2.8 bilion (RM13.26 bilion)) serta perjanjian penyelesaian dengan International Petroleum Investment Company (IPIC) AS$1.8 bilion (RM8.52 bilion)) terhadap jaminan pemulihan aset bernilai AS$1.4 bilion.

Goldman Sachs menyatakan bahawa obligasinya di bawah jaminan pemulihan aset telah dilepaskan melalui usaha itu.

Bagaimanapun, kerajaan Malaysia mempertikaikan perkara itu dan menegaskan bahawa denda yang dikenakan ke atas Ambank serta penyelesaian dengan IPIC adalah tidak termasuk dalam skop jaminan pemulihan aset yang bernilai AS$1.4 bilion. – 23 Januari, 2024

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

[UPDATED] Lazada’s Malaysian office not spared from major layoffs

Employees across various departments at Lazada Malaysia's office have allegedly been informed about an impending meeting with the company's human resources team in the next few days. 

Ibu Zayn Rayyan ‘tinggalkan’ media sosial, tak tahan komen jahat netizen kaitkan dengan pembunuhan

Menurut Zahari Mohd Reba, menantunya itu masih lagi trauma dan terkesan di atas kehilangan Zayn Rayyan, yang ditemukan mati dibunuh di saliran air kira-kira 100 meter dari kediaman mereka di Apartmen Idaman, Damansara Damai pada 6 Disember tahun lalu

Related