HEADLINES

Serah kepada mahkamah keputusan keluarkan dokumentari Man on The Run dari Netflix: Fahmi

Kerajaan enggan mendahului mahkamah berhubung permintaan Najib

6:11 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Kerajaan menyerahkan kepada mahkamah untuk menentukan sama ada dokumentari Man On The Run perlu dikeluarkan daripada platform penstriman Netflix.

Jurucakap bagi Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata, kerajaan tidak akan mengganggu proses mahkamah membabitkan filem mengenai peranan ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho dalam skandal kewangan global, 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

“Saya menerima nasihat mengenai perkara itu daripada pelbagai pihak termasuk Peguam Negara serta penasihat undang-undang Kementerian Komunikasi dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

“Memandangkan ini adalah perkara yang dibangkitkan di mahkamah… kita tidak boleh mendahului mahkamah, jadi kita serahkan kepada mereka,” katanya yang juga Menteri Komunikasi pada sidang media, di sini, hari ini.

Beliau menegaskan, bagaimanapun, filem itu, yang memaparkan wawancara dengan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak yang sedang menjalani hukuman penjara, sebelum ini ditayangkan di pawagam tanpa sebarang isu dilaporkan.

“Penasihat undang-undang saya bersetuju bahawa, sebenarnya, filem itu ditayangkan di pawagam pada November tahun lepas selepas mendapat kelulusan daripada Lembaga Penapisan Filem (LPF).

“Tiada isu (timbul) apabila filem itu ditayangkan kepada umum pada masa itu,” tambah Fahmi.

Sebelum ini, Fahmi berkata, MCMC akan melihat aspek undang-undang berhubung permintaan Najib untuk mengeluarkan dan melarang tayangan filem itu.

Peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata, anak guamnya sudah menghantar surat kepada Fahmi meminta kementerian mengarahkan Netflix mengeluarkan dokumentari berdurasi 98 minit itu.

Dalam surat itu, Najib, yang kini menjalani hukuman penjara 12 tahun kerana kes rasuah membabitkan SRC International Sdn Bhd, mendakwa kenyataan yang dibuat dalam filem itu memfitnahnya kerana ia tidak dibuktikan di mahkamah.

Peguamnya juga berhujah bahawa penyiaran dokumentari itu adalah bersifat menghina mahkamah dan sub judice kerana kes jenayah 1MDB masih diteruskan di hadapan hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Collin Lawrence Sequerah. – 24 Januari 2024

Topics

 

Hangat

Malaysia breaks 11-year losing streak against Vietnam with impressive 4-0 victory

The national team showed effective teamwork and fast-paced plays that kept their opponents under pressure

Malaysia pulls the plug on Kuwaiti Hornet deal after years of turbulence

RMAF walks away from costly, outdated aircraft amid rising concerns over integration, support, and long-term value

TMJ slams ‘politically motivated’ FIFA ban on Malaysian players

Johor regent says FIFA’s sanctions against seven naturalised players were based on “misapplied laws” and driven by hidden agendas

Related