HEADLINES

Syed Hussin dedah 10 lagi Ahli Parlimen akan isytihar sokong PM

Syed Hussin juga pada masa sama menyeru lima MP pembangkang berprofail tinggi untuk sama-sama menyokong Perdana Menteri dan meninggalkan Bersatu

12:45 PM MYT

 

PUCHONG — Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal mendedahkan 10 lagi Ahli Parlimen pembangkang bersedia untuk menyatakan sokongan secara terbuka kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan nama Ahli Parlimen terbabit.

Syed Hussin berkata, kawasan Parlimen terbabit ialah di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Terengganu, Melaka, Kelantan dan Selangor.

Jelas beliau, daripada 10 Ahli Parlimen itu, tiga daripada mereka masih diberikan masa dan kebebasan untuk menyatakan sokongan pada bila-bila masa mereka mahu berbuat demikian.

“Mereka boleh menyatakan sokongan pada bila-bila masa namun insya-Allah saya jangka pada sesi pembukaan sidang Dewan Rakyat pada Februari ini,’’ katanya pada sidang media di sini hari ini.

Syed Hussin juga pada masa sama menyeru lima Ahli Parlimen pembangkang yang berprofail tinggi untuk sama-sama menyokong Perdana Menteri dan meninggalkan Bersatu.

Ahli-ahli Parlimen terbabit, katanya ialah Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainuddin; Datuk Ronald Kiandee (Beluran); Datuk Mas Ermieyati Samsudin (Masjid Tanah), Datuk Rosol Wahid (Hulu Terengganu) dan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (Tanah Merah).

“Lima Ahli Parlimen ini adalah orang kuat, mereka keluar Umno dan Barisan Nasional (BN) untuk membentuk parti Bersatu, justeru mereka boleh membantu PM dalam segala segi.

“Tidak mustahil mereka boleh menyatakan sokongan,’’ katanya sambil mendedahkan keadaan dalam parti Bersatu yang tidak stabil ketika ini juga boleh menjadi faktor untuk lima Ahli Parlimen tersebut berubah fikiran.

Sebelum ini, enam Ahli Parlimen termasuk Syed Abu Hussin telah menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri.

Mereka yang lain ialah Ahli Parlimen Tanjung Karang, Datuk Zulkafperi Hanapi; Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid; Ahli Parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman; Ahli Parlimen Jeli, Zahari Kechik dan Ahli Parlimen Gua Musang, Mohd Azizi Abu Naim.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pembangkang kini sedang menggunakan ‘jumlah’ dalam memperkatakan mengenai Langkah Dubai namun ia tidak berlaku sehingga kini.

“Saya beri nombor terbaharu (menyatakan sokongan pada PM) ini kerana ada gerakan tertentu,’’ katanya tanpa mengulas panjang. – 26 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Six foreign players max on matchday under new MFL rule

Set to start in 2025-2026 M-League season, new quota reflects MFL’s commitment to strengthening national squad, ensuring clubs spend within their means

Haze returns: API exceeds 150 in Nilai, Seremban, Johan Setia

Including Kuantan, four areas recorded unhealthy air quality as of 10am

Malaysia Airlines cancels more Shanghai flights as Typhoon Bavi intensifies

National carrier suspends Kuala Lumpur-Shanghai services on July 11 and 12, following earlier Taipei flight cancellations due to worsening weather conditions

Related