◉ HEADLINES

Bersatu hanya harap PAS untuk peruntukan kewangan, kata Ahli Parlimen Bukit Gantang

Syed Abu Hussin yakin PAS tidak akan jadikan Bersatu sebagai rakan pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16) nanti

2:20 PM MYT

 


PUCHONG — Parti Bersatu tidak mempunyai peruntukan kewangan untuk Ahli Parlimennya dan hanya mengharapkan bantuan daripada kerajaan-kerajaan negeri yang dipimpin oleh PAS.

Sedangkan PAS, kata Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal, sudah merasakan mereka kuat dan sering membuat keputusan yang berbeza setiap kali pilihan raya.

Malah Syed Abu Hussin yakin PAS tidak akan jadikan Bersatu sebagai rakan pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16) nanti.

“Disebabkan itu, Bersatu membuat persediaan awal dan perlu memberi peluang kepada pemimpin baharu iaitu dengan menyerahkan kepimpinan kepada Setiausaha Agung parti berkenaan, Datuk Seri Hamzah Zainuddin untuk menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai presiden.

“Semasa Hamzah menyertai Bersatu, tiada yang menyokong Perdana Menteri tetapi kini sudah ada Ahli Parlimen Bersatu yang berbuat demikian, justeru mungkin beliau boleh berunding dengan kerajaan (nyatakan sokongan),’’ katanya pada sidang media di sini hari ini.

Syed Abu Hussin merupakan Ahli Parlimen Bersatu yang telah menyatakan sokongan kepada pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tegasnya, peralihan kuasa perlu dilakukan dalam Bersatu kerana selain hala tuju parti yang tidak jelas, Muhyiddin juga telah membuat pusingan-U untuk bertanding semula atas alasan mengikut ‘cakap isteri’.

Pada 24 November lalu, Muhyiddin mengumumkan keputusan untuk tidak mempertahankan jawatannya dalam pemilihan parti, yang dijangka berlangsung sebelum hujung 2024.

Namun sehari selepas itu, beliau membuat ‘pusingan-U’ apabila menawarkan diri semula mempertahankan jawatan Presiden pada pemilihan Bersatu akan datang.

Beliau yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) berkata, keputusan itu dibuat selepas mendapat restu daripada isterinya, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman. – 26 Januari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Tax breaks in JS-SEZ aimed at driving high value investments to Johor

Finance Ministry and Johor govt target companies in AI, quantum computing supply chain, medical devices, aerospace and global services

Bursa Malaysia breaks 1,680 resistance level at opening but retreats from there

Local bourse has seen positive sentiments from foreign investors recently

PAS to propose new PN chairman after Muhyiddin stepped down, dismisses Pejuang rumours

PAS deputy president Tuan Ibrahim Tuan Man confirms several names will be discussed for the PN leadership, while refuting claims of Pejuang joining the coalition

◉ Related