HEADLINES

Allahuakbar terkejut saya, mana kaki, tangan Bella?: Kakak

Air mata Norisham, ibu dan ustazah berlinangan ketika memandikan jenazah Bella yang tidak sempurna

7:56 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kakak kepada Bella, Norisham Samsusah, 36, mendedahkan rangka adiknya itu ditemukan dalam keadaan menyayat hati iaitu tanpa kaki dan tangan.

Menerusi hantaran di Facebook, Norisham berkata, dia terkejut apabila melihat keadaan rangka Bella atau nama sebenarnya Mira Sharmila Samsusah, 32, ketika jenazah dimandi dan dikafankan di Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru, Rabu lalu.

“Selesai urusan, tiba masa tuntut jenazah di Forensik HIS. Allahuakbar…Allahuakbar. Terkejut saya bila tengok rangka Bella hanya tinggal beberapa je, macam secoet tu je.

“Hancur hati sehancur-hancurnya bila terima Bella keadaan macam ni. Kenapa buat adik saya macam ni?

“Hanya tengkorak kesan pecah kena hentak benda tumpul, rongga mata ada satu, tulang rusuk, punggung. Itu sahaja. Mana kedua kaki dan tangan Bella?” soalnya.

Ceritanya lagi, dia, ibu dan ustazah menitiskan air mata ketika memandikan jenazah Bella.

Katanya, mereka terpaksa mengeluarkan kotoran dalam tengkorak Bella sambil air mata berlinangan mengenangkan azab ditanggung adiknya itu.

Ibu kepada Allahyarhamah Mila Sharmilah Samsusah, Noraini Salleh (empat, kanan) menyiram air mawar di atas kubur anaknya yang selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Banang Jaya Jalan Tanjung Laboh, Rabu lalu. – Gambar Bernama, 26 Januari, 2024

“Kenapa pelaku sangat kejam? Kenapa buat Bella sehingga begitu tragik. Kami tersangat rapuh dalam situasi ini. Kenapa pengakhiran pencarian saya macam ni?

“Mana kedua kaki dan tangan Bella tak ada. Siapa boleh carikan untuk saya selepas 36 hari. Saya nak Bella complete (sempurna). Tolonglah faham apa yang saya rasa.

“Allahuakbar, besarnya dugaan saya dan keluarga. Mak saya kehilangan Bella (tapi) masih ada saya. Tapi saya hilang adik, siapa lagi yang ada untuk saya. Kosong…” katanya.

Sementara itu, Norisyam turut menjelaskan tindakannya yang di luar kawalan ketika teman lelaki Bella, Mohammad Haikal Mahfuz, 24, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Batu Pahat, Johor Bahru, Rabu lalu.

Katanya, dia terlalu beremosi kerana pemuda tersebut menyembunyikan sesuatu sepanjang kehilangan Bella.

“Perasaan mendidih marah tu datang tiba-tiba bila tengok tertuduh. Bersusah-payah saya siang malam cari Bella. Tanya sana sini, ceruk-ceruk tempat masuk. Rupanya dia tahu sesuatu tapi disorok.

“Terbayang muka penipuan dia. ‘Saya tak tahu kak saya dah tinggal dia tepi jalan, ada orang ambil’. Sebenarnya kau dah bunuh dia. Keadaan sangat emosi. Keadaan hancur terluka marah semua ada,” katanya.

Terdahulu, mayat Bella ditemui dalam keadaan rangka tidak sempurna di sebuah rumah sewa terbiar di Lorong Imam Jailani, Tongkang Pechah, Batu Pahat, Johor Bahru pada petang Jumaat lalu, selepas tertuduh dipandu ke lokasi.

Penemuan rangka itu merungkai semua misteri kehilangan Bella selepas mangsa didakwa keluar bersama tertuduh pada malam 14 Disember lalu. – 26 Disember, 2024

Topics

 

Hangat

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

12 hours on the road no guarantee for liveable wages, say several food delivery riders

Long working hours and cut-throat remuneration structure have been a bane for food delivery riders recently with some considering to leave their current service platform for another – or find a new job altogether.

Related