HEADLINES

Pesawat dilencongkan selepas juruterbang dengar jeritan dari ruang kargo

Ketika kejadian Pegasus Airlines dalam perjalanan menuju ke UK dari Istanbul, Turki

9:53 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sebuah pesawat yang penuh dengan penumpang membuat lencongan segera selepas juruterbang mendakwa terdengar bunyi jeritan meminta tolong dari ruang kargo.

Pesawat Pegasus Airlines PC690 antara Istanbul, Turki dan Riyadh, Arab Saudi yang dalam perjalanan ke United Kingdom (UK) dilencongkan segera ke Antalya selepas sejam berlepas.

Personaliti Twitter, StokeyyG yang berada di dalam penerbangan itu mendakwa kru kabin sedang menyediakan makanan apabila dimaklumkan mengenainya.

Seorang penumpang yang bimbang meminta untuk berbaring di suatu tempat di dalam pesawat kerana tekanan yang ditimbulkan oleh situasi itu.

Sebaik sahaja pesawat mendarat di lapangan terbangan Antalya, krew di lapangan bergegas mendekati pesawat untuk membuka ruang kargo dan memunggah setiap bagasi sementara penumpang diminta kekal di dalam kapal terbang tersebut.

Bagaimanapun tiada apa-apa dijumpai di dalam kargo tersebut dan pesawat kemudiannya dibenarkan untuk berlepas selepas itu.

StokeyyG berkata, krew di lapangan baru sahaja memeriksa kawasan bagasi dan nampaknya mereka tidak menjumpai apa-apa yang mencurigakan.

“Namun 20 minit sebelum itu, kami diberitahu juruterbang ada terdengar bunyi dentuman dari ruang simpanan bagasi dan dia kononnya menyangka terdapat pekerja yang terperangkap di dalamnya.

“Tiada manusia di bawah sana, jadi saya menganggap tiada siapa yang tahu bunyi apa yang didengari juruterbang.

“Seorang wanita di hadapan saya meminta untuk berbaring di suatu tempat. Jadi situasi itu jelas tidak baik untuk sesetengah penumpang,” katanya.

Ketika kejadian, Pegasus Airlines itu menggunakan pesawat jenis Airbus A321 yang berusia kurang setahun.

Pegasus Airlines ialah syarikat penerbangan tambang murah Turki berpangkalan di Kurtkoy, Pendik, Istanbul.

Ia menyediakan laluan ke UK dari London Stansted, Birmingham dan Manchester. – Agensi

Topics

 

Hangat

Malaysia’s consumer redress portal empowers complaint resolution across sectors

MCMC's platform streamlines complaint processes, enhancing protection and resolution across key industries

12 hours on the road no guarantee for liveable wages, say several food delivery riders

Long working hours and cut-throat remuneration structure have been a bane for food delivery riders recently with some considering to leave their current service platform for another – or find a new job altogether.

OCM in the spotlight again: Skechers collab draws flak after brand linked to Israel

With shoe sponsorship amounting to almost RM200,000, Datuk Nazifuddin Najib says sports should be free from any agenda as the aim is to provide comfort to athletes

Related