HEADLINES

KBS siasat acara sukan ditaja oleh syarikat vape: Adam Adli

Dasar kementerian adalah jelas, tidak membenarkan sebarang acara melibatkan produk rokok, rokok elektronik atau vape

6:07 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan menyiasat acara sukan Foodie Futbol Fest 2024 yang berlangsung di TSI Sports Arena Cyberjaya pada 26 hingga hari ini, yang dikatakan ditaja oleh sebuah syarikat rokok elektronik.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abdul Halim berkata, dasar kementerian itu adalah jelas iaitu tidak membenarkan sebarang acara melibatkan produk rokok atau rokok elektronik.

“KBS ada dasar jelas untuk tidak benarkan sebarang acara melibatkan produk rokok atau rokok elektronik atau vape,’’ katanya dalam aplikasi X hari ini.

Adam mengulas mengenai pertanyaan daripada pengguna X dikenali sebagai @drafiqawe yang membangkitkan mengenai sebuah produk vape menaja program di Cyberjaya.

‘Produk merokok kini kembali menaja acara sukan? Adakah tajaan produk merokok untuk acara sebegini tidak melanggar undang-undang baru (Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 yang telah diluluskan tahun lepas? Soalnya.

Berdasarkan kepada profail di laman X, @drafiqawe adalah seorang doktor, aktivis bebas rokok dan vape serta presiden IKRAM Health Malaysia.

Foodie Futbol Fest 2024 diadakan mulai 9 malam sehingga 12 tengah malam di Cyberjaya dengan pelbagai acara disediakan termasuk penyertaan lebih 50 pasukan bola sepak dan futsal.

Berdasarkan dalam Facebook, Foodie Futbol Fest 2024, turut diadakan ialah promo barangan sukan jersi, but dan kasut futsal selain persembahan artis-artis.

Turut diadakan ialah acara cabutan bertuah melibatkan dua biji motosikal. – 28 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Foreign workforce drops 13% as Malaysia pushes local hiring

Government maintains hiring freeze, prepares new levy system to curb dependency by 2030

Malaysia’s medal tally takes a dent after key sports excluded from Glasgow Commonwealth

OCM accepts decision of badminton and squash, among others, being axed from 2026 Games as organisers plan for a leaner, more financially sustainable event

Malaysia’s longest river bridge opens, linking Sebuyau and Maludam

The RM848.75 million Batang Lupar No. 1 Bridge marks a new era in Sarawak’s coastal connectivity, replacing decades-old ferry crossings

Related