◉ HEADLINES

MPT Bersatu bincang isu Ahli Parlimennya sokong Anwar

Syed Abu Hussin Hafiz berulang kali mengulangi dakwaan lebih ramai ahli Bersatu akan menyatakan sokongan kepada Anwar

10:30 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu mengadakan mesyuarat malam ini bagi membincangkan isu enam Ahli Parlimennya yang telah mengisytiharkan sokongan kepada pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perkara tersebut telah disahkan oleh beberapa pemimpin parti yang ditemui media di luar ibu pejabat Perikatan Nasional (PN) di Publika, iaitu tempat di mana mesyuarat berkenaan berlangsung kira-kira 8.30 malam.

Antara tokoh yang sempat bertemu ditemui media termasuk Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Razali Idris serta Ketua Bersatu Selangor, Datuk Abdul Rashid Asari.

Kedua-duanya mendedahkan mesyuarat itu akan membincangkan isu melibatkan enam Ahli Parlimennya, yang telah mengisytiharkan sokongan kepada Anwar.

Turut kelihatan memasuki ibu pejabat PN ialah Ketua Pemuda Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, Naib Presiden dan Ketua Bersatu Wilayah Persekutuan, Datuk Radzi Jidin serta Ketua Srikandi Bersatu, Datuk Seri Rina Mohd Harun.

Lain-lain adalah Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Seri Saifuddin Abdullah, Datuk Wan Saiful Wan Jan, dan Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof.

Ahli Parlimen yang keenam dan terbaharu dari Bersatu yang telah menyatakan sokongan kepada Anwar adalah Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Dr Zulkafperi Hanapi yang berbuat demikian empat hari lalu.

Lima lagi adalah Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Datuk Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Azizi Abu Naim (Gua Musang), Zahari Kechik (Jeli), dan Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang).

Syed Abu Hussin juga berulang kali mengulangi dakwaan bahawa lebih ramai ahli Bersatu akan menyatakan sokongan kepada Anwar dan ia akan dilakukan sebelum Dewan Rakyat bersidang pada 26 Februari ini. – 28 Januari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

[WATCH] GP fee hike may finally end clinic medicine markups: Dr Thirunavukarasu

Malaysian Medical Association president says decades of suppressed consultation rates forced clinics to rely on medicine sales — but warns patients will still bear rising healthcare costs despite long-overdue reforms

Red flags ignored, govt money down the drain? A recap of the LCS saga

The eye-watering RM9 billion littoral combat ships project courted controversy last year when multiple government and corporate reports outlined discrepancies behind the deal with main contractor Boustead Naval Shipyard and other companies.

Iran confirm 2026 World Cup participation, outline conditions for hosts

Federation insists on visa assurances, security guarantees and respect for national symbols ahead of tournament in North America

◉ Related