HEADLINES

Datuk palsu ditahan, disyaki terima rasuah RM92,500

Suspek dipercayai menerima sogokan tersebut daripada pemilik syarikat yang dilantik bagi projek bernilai RM2.5 juta pada 2020

11:16 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terengganu menahan seorang pengarah syarikat pengiklanan kerana disyaki meminta dan menerima rasuah sebanyak RM92,500 sebagai balasan melantik sebuah syarikat untuk kerja pemasangan dan penyelenggaraan papan iklan di salah sebuah daerah di Terengganu.

Menurut sumber, suspek berusia 60-an dengan gelaran ‘Datuk’ yang tidak diiktiraf itu ditahan di kediamannya di Batu Caves, Selangor pada pagi Isnin.

Menurutnya, suspek dipercayai menerima sogokan tersebut daripada pemilik syarikat yang dilantik bagi projek bernilai RM2.5 juta pada 2020.

“SPRM turut menahan seorang lagi suspek yang dipercayai menjadi orang tengah di Kuantan, Pahang pada hari yang sama.

“Dia ditahan kerana menerima wang rasuah yang dimasukkan ke dalam beberapa akaun bank dan syarikat suspek juga telah ditawarkan kerja-kerja pemasangan dan penyelenggaraan papan iklan di seluruh negara melalui sebuah kementerian Kerajaan Persekutuan,” kata sumber tersebut.

Sementara itu, Pengarah SPRM Terengganu, Hazrul Shazreen Abd Yazid mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata siasatan dijalankan mengikut Akta SPRM 2009.

Hazrul berkata, kedua-dua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kemaman esok bagi tujuan permohonan reman. – 29 Januari,2024

Topics

 

Hangat

Horror at Bangkok shopping mall as two Malaysians set on fire in unprovoked attack

A Thai man set fire to the tourists after dousing them with paint thinner, with bystanders quickly intervening to restrain him

Malaysia breaks 11-year losing streak against Vietnam with impressive 4-0 victory

The national team showed effective teamwork and fast-paced plays that kept their opponents under pressure

Malaysia pulls the plug on Kuwaiti Hornet deal after years of turbulence

RMAF walks away from costly, outdated aircraft amid rising concerns over integration, support, and long-term value

Related