◉ HEADLINES

Tempoh pemerintahan tamat, Al-Sultan Abdullah berangkat balik ke Pahang hari ini

Istiadat Keberangkatan Balik Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong membabitkan beberapa lokasi termasuk Istana Negara, Dataran Parlimen dan beberapa laluan utama di sekitar ibu negara

8:23 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Genap lima tahun bertakhta sebagai Ketua Utama Negara, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menamatkan penggal pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong hari ini. 

Istiadat Keberangkatan Balik Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong akan berlangsung hari ini bagi menjunjung kasih tanda penghargaan kerajaan dan rakyat Malaysia atas jasa dan pengorbanan Seri Paduka berdua. 

Istiadat khas itu dijangka berlangsung ringkas, namun penuh simbolik dengan adat istiadat Melayu yang melambangkan keunikan institusi diraja di negara ini. 

Al-Sultan Abdullah, 64, yang melafaz sumpah memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 31 Januari 2019, dan Tunku Azizah akan berangkat meninggalkan Istana Negara kira-kira 8 pagi diiringi Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz. 

Berdasarkan Aturcara Pentadbiran, Istiadat Keberangkatan Balik Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong akan membabitkan beberapa lokasi termasuk Istana Negara, Dataran Parlimen dan beberapa laluan utama di sekitar ibu negara sebelum ke Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur untuk menaiki pesawat pulang ke Pahang.  

Seri Paduka yang dimasyhurkan sebagai Sultan Pahang keenam pada 15 Januari 2019 menggantikan Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja pada 24 Januari 2019.

Al-Sultan Abdullah akan digantikan oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-17 selama tempoh lima tahun bermula esok. – 30 Januari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

◉ Related