HEADLINES

Setahun pentadbiran Anwar tidak boleh dijadikan ukuran prestasi kerajaan: Al-Sultan Abdullah

Tidak mudah untuk membuat penilaian atau menghakimi kerajaan pimpinan Anwar dalam tempoh singkat itu

8:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tempoh setahun pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak boleh dijadikan ukuran bagi menentukan sejauh mana prestasi Kerajaan Perpaduan.

Mantan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah bahawa tidak mudah untuk membuat penilaian atau menghakimi kerajaan pimpinan Anwar dalam tempoh singkat itu.

“Bukan senang nak ukur setahun sudah tentu masih lagi (ada) kelemahan di sini, di sana, apa yang Perdana Menteri cuba lakukan adalah cuba kurangkan atau kalau boleh mansuhkan segala masalah-masalah legasi kalau boleh, itu utamanya.

“Dalam setahun mungkin tak boleh buat sewenangnya, ia berlandaskan peraturan dan kontrak,” katanya pada wawancara khas bersama Al Sultan Abdullah dan Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, Lambaian Mahkota malam tadi.

Baginda bertitah, bagaimanapun apa yang menjadi kepentingan serta harus dilaksanakan Kerajaan Perpaduan adalah mempunyai pelan rancangan utama jangka masa panjang bagi tempoh lima tahun hingga 10 tahun dan seterusnya.

“Kita tahu ada banyak perancangan ABCD, ada juga dasar-dasar yang mungkin tidak popular tapi kadang-kadang kerajaan terpaksa buat keputusan yang kurang popular untuk kebaikan masa depan,” titahnya.

Al-Sultan Abdullah bertitah, apa dilaksanakan Anwar ketika ini adalah cuba mengawal ketirisan dan perbelanjaan besar, dengan peruntukan bajet masih lagi tinggi.

Pada masa sama, baginda mengharapkan kerajaan pimpinan Anwar terus memberi kefahaman kepada rakyat.

“Bagaimana Perdana Menteri nak kurangkan subdisi bersasar itu keputusan agak drastik, sebenarnya bukan nak ambil hak B40 tapi lebih kepada (golongan) di atas (T20), itu main intention (niat).

“Ini semua pembaharuan yang cuba diperkenalkan supaya kita perlu beri masa tengok kebaikan dan kelebihan,” titahnya.

Sementara itu, Al-Sultan Abdullah bertitah, pertukaran kerajaan sepatutnya dilaksanakan berlandaskan kepada proses demokrasi sedia ada, iaitu dalam tempoh empat hingga lima tahun berdasarkan keputusan pilihan raya umum.

“Bukan ke kita sudah ada proses demokrasi dah tertulis lima tahun jadi biarlah empat, lima tahun sesebuah (kerajaan) memerintah, bukan sekadar dua, tiga tahun nak tukar sewenang-wenangnya,” titahnya.

Al-Sultan Abdullah menamatkan pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong semalam, selepas memenuhi tempoh lima tahun di atas takhta berkenaan.

Baginda mula dilantik ke jawatan itu sejak 31 Januari 2019.

Kedudukan sebagai Ketua Negara itu akan diambil alih Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Baginda akan dimasyhurkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 dalam istiadat penuh tradisi di Istana Negara. – 31 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

It’s not Big Tobacco, but Big Pharma that’s behind vape ban push: industry leader

Move president warns of harm to public health and legal vape industry if proposed nationwide ban goes ahead

Related