◉ HEADLINES

‘Penubuhan Kerajaan Perpaduan ditolak bulat-bulat mereka, apa pilihan saya ada?’: Al-Sultan Abdullah

Tawaran untuk menubuhkan Kerajaan Perpaduan sudah diutarakan baginda sejak zaman pentadbiran Perdana Menteri Ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

9:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Penubuhan Kerajaan Perpaduan yang dicetuskan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah adalah semata-mata untuk membentuk sebuah pentadbiran kuat, kukuh dan stabil demi kebaikan rakyat serta negara.

Menceritakan kembali berhubung idea pembentukan Kerajaan Perpaduan berkenaan, Yang di-Pertuan Agong Ke-16 itu pada mulanya menawarkan perkara terbabit kepada pimpinan Perikatan Nasional (PN), susulan tiada mana-mana parti memiliki majoriti mudah untuk membentuk kerajaan.

Namun, titah baginda, tawaran itu ditolak ‘bulat-bulat’ pemimpin kanan gabungan berkenaan, iaitu Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

“Masa tu tak ada simple majoriti (majoriti mudah) semua parti, saya tawar, saya mula dengan pimpinan Muhyiddin dan Hadi, dia tolak sebulatnya jadi apa pilihan saya ada.

“Saya maklum pada Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim), terpulang kepada kebijaksanaan, niat saya itu je, semua parti dijadikan satu kerajaan kuat, kukuh supaya boleh bentuk kerajaan stabil, negara stabil berjaya,” titahnya.

Baginda bertitah pada wawancara khas bersama Al Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, Lambaian Mahkota malam tadi.

Titahnya, tawaran untuk menubuhkan Kerajaan Perpaduan sudah diutarakan baginda sejak zaman pentadbiran Perdana Menteri Ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Kerajaan Perpaduan dari Ismail Sabri lagi, saya call semua leader (pemimpin) masa tu supaya ditubuhkan Kerajaan Perpaduan walaupun ketika itu Ismail kata ada majoriti.

“Saya kata lebh sihat dan 2 per 3, Kerajaan Perpaduan masa itu bila sampai Pilihan Raya Umum ini saya nak satu keadaan harmoni dalam negara ini.

“Ia seharusnya bermula di Parlimen, kita tak harus terus bergaduh, berfikir lain, kalau kita nak maju dan tingkat nama negara,” titahnya.

Menyentuh mengenai pemilihan Perdana Menteri, Al-Sultan Abdullah bertitah, penentuan pemimpin untuk memegang jawatan itu terpulang kepada pucuk pimpinan.

“Pemilihan Perdana Menteri bukan Agong pilih tapi wakil rakyat, bukan Agong cadang, jadi kena dapatkan (maklumat) yang benar, Agong tak boleh lantik Perdana Menteri sewenang-wenangnya, kalau macam itu senang lah tak payah ada Parlimen,” titahnya.

Sementara itu, baginda bertitah, peranan serta keberadaan institusi Yang di-Pertuan Agong penting untuk negara yang berbilang kaum, agama dan bangsa seperti Malaysia.

Malah, titahnya, Malaysia perlu terus memiliki institusi berkenaan untuk kebaikan rakyat demi generasi depan,

Institusi Yang-di-Pertuan Agong juga, katanya, sewajarnya diperkukuhkan bukan hanya berdasarkan kuasa lebih, tetapi menerusi apa langkah terbaik harus dilaksanakan.

“Institusi ini perlu diperkukuh bukan individu, institusi ini perlu diperkukuh bukan didewa supaya ia boleh memayangui rakyat, pentadbiran dan perlu difahami bakal Agong, bukan sahaja (Agong) lepas ni tapi seterusnya juga.

“Ubah sistem tidak (semestinya) ok, macam tukar PM tak gerenti apa, itu pengalaman saya.

“Biarlah sekurangnya tiga, empat tahun baru nak persoalkan (Perdana Menteri), not over one year (tak akan setahun dah nak menilai), you (anda) jadi ketua pengarang di mana pun, sama juga tak akanlah setahun nak menilai,” titahnya kepada pengamal media yang menghadiri wawancara itu.

Al-Sultan Abdullah menamatkan pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong semalam, selepas memenuhi tempoh lima tahun di atas takhta berkenaan.

Baginda mula dilantik ke jawatan itu sejak 31 Januari 2019.

Kedudukan sebagai Ketua Negara itu akan diambil alih Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Sultan Ibrahim akan dimasyhurkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 dalam istiadat penuh tradisi di Istana Negara. – 31 Januari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

Exploring Perak’s ancient limestone formations: Gua Tempurung 

Brown signboards marking sites of cultural interest and recreation along the North South Highway and federal roads often inject some excitement at the possibility of making new discoveries, but many miss out on delving into an actual adventure due to other distractions.

‘You cannot please everyone’: Nurul Izzah to continue fighting through Madani society

PKR leader says she will pursue her struggle outside direct party involvement, focusing instead on serving the wider community

◉ Related