HEADLINES

Mahfuz diperintah bayar ganti rugi RM250,000 kepada Sanusi

Mahkamah turut memerintahkan Mahfuz membuat permohonan maaf secara terbuka, dan ia perlu diterbitkan di sebuah akhbar bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dalam tempoh 14 hari

3:04 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Mahkamah Tinggi Alor Setar memerintahkan Naib Presiden Parti Amanah, Datuk Mahfuz Omar membayar ganti rugi RM250,000 kepada Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berhubung saman fitnah berkaitan pembelian sebuah kereta mewah, empat tahun lalu.

Mahfuz diperintah membayar ganti rugi am RM200,000 dan ganti rugi tauladan RM50,000.

Hakim Dr. Arik Sanusi Yeop Johari turut memerintahkan Mahfuz membayar kos sebanyak RM30,000.

Selain itu, mahkamah turut memerintahkan Mahfuz membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Sanusi yang perlu diterbitkan di sebuah akhbar bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dalam tempoh 14 hari dari tarikh penghakiman.

Saman berkenaan adalah berkaitan hantaran yang dimuatnaik oleh Mahfuz di dalam Facebooknya berhubung dakwaan yang dikaitkan dengan pembelian kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Velfire oleh Syarikat Air Darul Aman (SADA).

Sanusi bagaimanapun tidak hadir di mahkamah hari ini.

Beliau diwakili peguam Yusfarizal Yussoff; Wan Rohimi Wan Daud; Mohd. Faizi Che Abu dan Adam Luqman Amdan sementara Mahfuz diwakili Muhammad Faiz Fadzil dan Faizal Abdullah. – 31 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

Related