Mahkamah tolak permohonan sambung reman 3 polis trafik ‘minta RM100’

Mereka disiasat di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan, Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988

6:19 PM MYT

 

IPOH – Mahkamah Majistret di sini hari ini menolak permohonan bagi menyambung reman tiga anggota polis trafik yang disyaki meminta wang daripada pasangan pelancong warga United Kingdom (UK), untuk menyelesaikan saman trafik di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands, baru-baru ini.

Permohonan lanjutan reman ke atas tiga anggota polis berumur lingkungan 37 hingga 42 tahun dari Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kontinjen Perak yang dikemukakan pihak polis itu, ditolak Majistret Siti Nora Sharif.

Peguam Muhammad Al-Hirzan Mahamad Akhir dan Aqmarul Aqil Ismail mewakili ketiga-tiga anggota polis berkenaan.

Terdahulu, kesemua anggota polis trafik berkenaan memasuki mahkamah pada 1.18 tengah hari dan keluar kira-kira 40 minit kemudian, dengan memakai pakaian gelap dan bertutup kepala dengan ‘hoodie’ dan memakai pelitup muka.

Kesemua mereka yang ditahan itu disiasat di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan, Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988.

Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, ketiga-tiga anggota polis yang ditahan reman tiga hari sebelum ini bagi membantu siasatan itu, akan dibebaskan dengan jaminan polis. – Gambar Bernama, 1 Februari, 2024

Sementara itu Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri ketika dihubungi Bernama berkata, ketiga-tiga anggota polis yang ditahan reman tiga hari sebelum ini bagi membantu siasatan itu, akan dibebaskan dengan jaminan polis.

Pada 28 Januari lepas, media melaporkan Polis Bukit Aman menyiasat video tular yang memaparkan seorang polis trafik didakwa mengambil RM100 daripada dua pelancong asing, dengan alasan membayar saman bagi kesalahan memandu melebihi had laju.

Menerusi video berdurasi 50 saat yang tersebar dalam platform X, pasangan pelancong dari UK itu disaman oleh polis trafik kerana didakwa memandu melebihi had laju namun, polis terbabit memberitahu mereka boleh menjelaskan saman RM300 di balai polis berdekatan atau membayar RM100 kepadanya di situ. – 1 Februari, 2024

Topics

Hangat

Saya juga manusia, punya hati: Ning Baizura sedih, terguris diri digelar Kristian, keluarga dikritik

Jelas Ning, beliau kecewa kerana daripada satu perkara kecil, ia diperbesarkan segelintir netizen, termasuk menyerang Instagramnya dengan kata-kata hinaan

Iranian President Ebrahim Raisi confirmed dead as burnt helicopter wreckage found

No survivors have been found since crashed helicopter site was discovered, says Iranian Red Crescent Society

Two bullets, profane letter in my mailbox: Teresa Kok lodges report on death threat

Seputeh MP shares her distress after discovering threatening note while retrieving her mail yesterday; police have inspected the scene at her residence

Related