HEADLINES

Tiga anggota tentera maut dilanggar lori terbabas dekat Gurun

Bomba menerima panggilan berhubung kejadian pada 10.22 pagi dan sepasukan anggota BBP Guar Chempedak bersama bantuan enam anggota dari BBP Pendang telah dikerahkan ke lokasi kejadian

2:00 PM MYT

 

ALOR SETAR – Tiga anggota tentera maut dalam kemalangan yang membabitkan empat kenderaan termasuk tiga trak tentera di Kilometer 77.5 Lebuh Raya Utara Selatan arah utara, dekat Gurun hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Guar Chempedak Penolong Penguasa Bomba Mohd Fauzi Razali berkata kesemua anggota tentera yang berumur antara 30 hingga 40 tahun itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai Kementerian Kesihatan (KKM).

“Bomba menerima panggilan berhubung kejadian pada 10.22 pagi dan sepasukan anggota BBP Guar Chempedak bersama bantuan enam anggota dari BBP Pendang telah dikerahkan ke lokasi kejadian. Terdapat empat mangsa yang melibatkan empat kenderaan termasuk tiga trak tentera dan sebuah lori jenis Isuzu.

“Dipercayai kesemua trak tentera yang bergerak secara konvoi itu berhenti apabila satu daripadanya rosak dan ketika anggota turun dari kenderaan itu, sebuah lori yang dipandu lelaki berumur 31 tahun terbabas dan melanggar kesemua mangsa,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata pemandu lori Isuzu yang cedera parah itu telah dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah di sini untuk rawatan lanjut, manakala tiga anggota tentera yang maut itu dihantar ke unit forensik hospital sama untuk proses bedah siasat.

“Kerja-kerja pembersihan akibat kemalangan di lokasi kejadian sedang dilakukan,” katanya. – 2 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

What will we call for next? A ban on cheap cigarettes, tuak and kapcais? – Rocky Bru

While concerns over drug-laced vapes grow, a blanket ban could backfire by wiping out businesses, threatening jobs, pushing trade underground amid weak enforcement and open tank loopholes

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Related