HEADLINES

Pengampunan Najib: Umno akan dapatkan pembelaan ikut undang-undang

Parti itu memaklumkan bahawa ketika mendukung Perlembagaan Persekutuan, Umno terkesan dan bersedih dengan keputusan tersebut

3:10 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Umno akan meneruskan usaha-usaha untuk mendapatkan pembelaan terhadap Datuk Seri Najib Razak sesuai dengan laras undang-undang negara.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan selepas Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi Umno hari ini.

Umno memaklumkan ia berpegang kepada keputusan Perhimpunan Agung Umno lalu yang mahukan usaha pembelaan terhadap Najib, yang juga bekas Perdana Menteri diteruskan.

Umno, katanya, ingin menegaskan bahawa pembelaan terhadap Najib dibuat kerana merasakan beliau tidak mendapat keadilan seawal proses perbicaraan.

Justeru, Umno berharap atas prinsip keadilan, Perdana Menteri akan sama-sama menjunjung semangat ini.

“Sementara ketika mendukung Perlembagaan Persekutuan, Umno terkesan dan bersedih dengan keputusan tersebut.

“Kita menghormati keputusan dan hak mutlak yang telah diambil oleh Ke Bawah Duli Tuanku Yang Maha Mulia Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah,’’ katanya.

Semalam, Najib diberikan pengurangan 50% bagi hukuman dan denda yang perlu dibayar, oleh Lembaga Pengampunan yang telah bersidang pada 29 Januari lalu.

Oleh yang demikian, Lembaga Pengampunan bersetuju untuk Najib dibebaskan pada tarikh pembebasan awal iaitu 23 Ogos 2028 dan denda yang perlu dibayar iaitu sebanyak RM210 juta dikurangkan kepada RM50 juta.

Menurut Urusetia Lembaga Pengampunan, jika denda itu tidak dibayar, tempoh penjara bagi Najib akan ditambah selama setahun di mana tarikh pembebasan beliau adalah pada 23 Ogos 2029. – 3 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Feathers ruffled over hornbill flap – Joseph Masilamany

Why getting Sarawak’s state bird right matters more than you think 

Related