HEADLINES

Polis parah dilanggar dua kali ketika rondaan cegah jenayah

Suspek telah melanggar mangsa dua kali dan memecut kereta meninggalkan tempat kejadian menghala ke Tanah Hitam

10:17 AM MYT

 

IPOH – Seorang anggota polis yang sedang menjalankan tugas rondaan, cedera setelah dilanggar lari sebuah kenderaan dalam kejadian di Jalan Tanjung Rambutan-Chemor, jam 7.30 malam semalam.

Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata anggota polis berusia 34 tahun itu, bersama seorang lagi anggota yang sedang membuat rondaan cegah jenayah dengan menaiki motosikal, telah menghampiri sebuah kereta jenis Proton Iriz biru dalam keadaan mencurigakan di jalan tersebut.

“Pemandu kereta (suspek) telah bertindak mengundurkan kenderaan dan terus melanggar motosikal mangsa, yang menyebabkan mangsa jatuh.

“Setelah melanggar mangsa, suspek menggerakkan kereta ke hadapan dan mengundur sekali lagi sehingga melanggar mangsa kali kedua dan memecut kereta meninggalkan tempat kejadian menghala ke Tanah Hitam,” katanya dalam kenyataan malam semalam.

Mohd Yusri berkata akibat pelanggaran itu, mangsa telah mengalami kecederaan dan tidak dapat bergerak dan pemeriksaan awal mendapati mangsa mengalami patah tulang rusuk dan tulang bahu.

Beliau berkata kejadian itu disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan jika disabit kesalahan boleh dikenakan penjara tidak melebihi 20 tahun.

Mohd Yusri berkata pihaknya sedang giat mengesan pemandu kereta tersebut dan orang ramai yang mempunyai maklumat, boleh menyalurkannya kepada Pegawai Penyiasat Kanan Jenayah Ibu Pejabat Polis Ipoh ASP Norazuna Rais Ahmad, di talian 013-6282176 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. – 5 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Tell agencies to stop using ‘kuil haram’ term, Saravanan urges Anwar

MIC leader says term is hurtful and historically inaccurate, calls for respect towards Hindu places of worship

UNHCR resettlement performance too low, contributing to refugee backlog: Saifuddin

Home Minister calls public concerns valid, says imbalance affects national security and social management

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Related