HEADLINES

Seorang lagi tahanan lolos depot maut dilanggar, jumlah diberkas 54 setakat ini: Polis

Kesemua tangkapan termasuk yang meninggal dunia adalah warga Rohingya (Myanmar)

11:46 AM MYT

 

IPOH – Seorang lagi pendatang tanpa izin yang lolos dari Depot Sementara Imigresen Bidor, Tapah, maut akibat kemalangan jalan raya malam tadi, kata Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri.

Mohd Yusri berkata kemalangan berlaku di Kilometer (KM) 332.5 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan pada 9.20 malam tadi, manakala tiga lagi pendatang tanpa izin ditahan awal pagi tadi di kawasan Tapah menjadikan jumlah keseluruhan tangkapan 54 orang setakat 8 pagi ini.

“Mangsa dilanggar pacuan empat roda ketika sedang berjalan kaki dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata kesemua tangkapan termasuk yang meninggal dunia adalah warga Rohingya (Myanmar).

Sementara itu Mohd Yusri berkata mayat mangsa kejadian 9.20 malam tadi telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Tapah untuk dibedah siasat.

Beliau berkata pegawai imigresen telah hadir ke hospital itu dan mengesahkan bahawa mangsa adalah seorang daripada pendatang yang melarikan diri dari Depot Imigresen Sementara Bidor.

“Orang ramai yang melihat kejadian diminta tampil untuk memberi keterangan dan menghubungi pegawai penyiasat kes Insp P. Prathiparaj dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan trafik, IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah) Tapah di talian 014-6178095,” katanya.

Berkenaan tahanan yang ditangkap, Mohd Yusri berkata pada 9.45 malam tadi hasil maklumat orang awam, pasukan operasi khas polis berjaya menahan seorang lelaki etnik Rohingya itu di Felcra Jalan Kachu, Tapah.

Katanya pasukan operasi khas polis juga berjaya menangkap lelaki etnik Rohingya pada 3.35 pagi tadi, manakala seorang lagi lelaki Rohingnya ditahan di Batu Dua Jalan Pahang, Tapah pada 3.55 pagi tadi.

“PDRM (Polis Diraja Malaysia) Perak menyeru orang ramai bekerjasama dalam mengesan tahanan etnik Rohingya yang meloloskan diri dari Depot Tahanan Imigresen Bidor dan juga tidak membuat sebarang spekulasi yang akan menyukarkan lagi situasi semasa. 

“Kejayaan yang amat dibanggakan sepanjang operasi ini dijalankan dengan jumlah penangkapan yang telah dibuat. Operasi mengesan dan menangkap akan diteruskan sehingga tempoh tertentu,” katanya. – 5 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Ex-national basketball player arrested for alleged sexual harassment against students

Cheras top cop confirms source's claims, says 36-year-old suspect also has multiple simillar reports lodged against him before; source questions why MoE allowed him to teach

Related