◉ HEADLINES

Malaysia tidak alami kekurangan bawang: Mat Sabu

Sekatan eksport bawang itu bersifat sementara dan kerajaan telah mengambil langkah mengimport bawang dari negara seperti China, Thailand dan Pakistan

7:09 PM MYT

 

TANGKAK – Bekalan bawang di negara ini  masih mencukupi meskipun India menyekat eksport bawangnya, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.

Beliau berkata sekatan eksport bawang itu bersifat sementara dan kerajaan telah mengambil langkah mengimport bawang dari negara seperti China, Thailand dan Pakistan untuk memastikan bekalan sentiasa mencukupi di negara ini.

“Kita tidak mengalami masalah kekurangan bekalan bawang cuma harganya turun naik. Sekatan bawang ini bersifat sementara macam beras juga hari itu bila kita runding semula, mereka sanggup menjual 170,000 tan metrik kepada Malaysia.

“Saya ingat berhenti eksport bawang ini disebabkan keadaan politik dalam negara mereka yang akan berlaku pilihan raya, selepas itu mungkin mereka akan eksport semula,” katanya kepada pemberita selepas melawat Projek Penanaman Padi di Negeri Johor di Kampung Sawah Ring, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai status terkini bekalan bawang di Malaysia susulan sekatan eksport bawang dari India.

Akhir tahun lepas, Direktorat Perdagangan Luar Negeri India mengumumkan negara tersebut melarang eksport bawang sehingga 31 Mac depan bagi meningkatkan bekalan domestik selain membendung inflasi pengguna.

Dalam perkembangan lain, Mohamad berkata program SMART Sawah Berskala Besar (SMART SBB) di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) bersama Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) akan diperluaskan ke Johor secara berperingkat.

Menurutnya, program di negeri itu melibatkan 10 sawah padi berkeluasan 2,254 hektar  adalah sebagai langkah untuk menambah rezab kawasan penanaman padi sekali gus meningkatkan produktiviti pengeluaran padi negara. 

“Ala Sekinchan ini mestilah tanaman mengikuti masa yang betul, baja dan pengairan yang sesuai. Kalau tidak ada pengairan yang cukup maka dia tidak boleh untuk kita buat ala Sekinchan dengan sempurna dan dari segi penjagaan mestilah pesawah padi ini tidak boleh kerja sambilan. Dia kena jadi pesawah sebagai sepenuh masa macam profesional,” katanya.

Beliau juga yakin program SMART SBB dapat meningkatkan hasil pengeluaran padi daripada tujuh tan metrik per hektar kepada 10 tan metrik per hektar.

Di Johor, terdapat 859 pesawah yang mengusahakan 10 sawah padi di Muar, Tangkak, Batu Pahat, Kluang dan Mersing. – 5 Februari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Inside the Bandar Utama school tragedy: a timeline of the shocking fatal stabbing

A look at the events surrounding the stabbing of a 16-year-old student, with ongoing investigations into the suspect's motives and the role of online violence

TNB identifies power plant incident as cause of blackout across Klang Valley and Johor

The disruption occurred following a technical fault at the independent power producer’s (IPP) facility, which temporarily interrupted electricity supply across several regions

◉ Related