HEADLINES

Penjawat awam ditahan reman 4 hari, disyaki terima rasuah RM16,000

Siasatan awal mendapati suspek telah meminta dan menerima wang rasuah yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi miliknya pada tahun 2022

10:28 AM MYT

 


KUALA LUMPUR – Seorang penjawat awam yang dipercayai meminta dan menerima rasuah sebanyak RM16,000 daripada tiga pemilik tanah untuk kelulusan pecah bahagian tanah telah ditahan reman selama empat hari, sehingga Sabtu ini.

Menurut sumber, suspek wanita berusia 40-an itu ditahan kira-kira jam 2 petang semalam ketika hadir memberikan keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) cawangan Kuala Selangor.

Jelasnya, siasatan awal mendapati suspek telah meminta dan menerima wang rasuah kira-kira RM16,000 yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi miliknya pada tahun 2022.

“Suspek ditahan kerana disyaki meminta dan menerima rasuah sebanyak kira-kira RM16,000 untuk kelulusan pecah bahagian tanah di salah sebuah Pejabat Daerah dan Tanah di Selangor.

“Perintah reman selama 4 hari bermula hari ini sehingga 10 Februari ini telah dikeluarkan oleh Majistret Puan Siti Hajar binti Ali selepas pihak SPRM membuat permohonan reman tersebut di Mahkamah Majistret Kuala Selangor, Selangor pagi tadi.

“Suspek diwakili peguam Jeanne Francis dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan,’’ kata sumber berkenaan.

Dalam pada itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 16 (a) (B) Akta SPRM 2009. – 7 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Government to roll out targeted RON95 subsidy using IC-based verification

Tech-driven mechanism aims to curb misuse and ensure only deserving Malaysians benefit from subsidised fuel

OCM in the spotlight again: Skechers collab draws flak after brand linked to Israel

With shoe sponsorship amounting to almost RM200,000, Datuk Nazifuddin Najib says sports should be free from any agenda as the aim is to provide comfort to athletes

Related