◉ HEADLINES

Najib ‘pertimbang dengan serius’ untuk kemuka petisyen pengampunan lagi: Shafee

Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mengesahkannya kepada media di kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini

2:10 PM MYT

 


KUALA LUMPUR — Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ‘mempertimbangkan dengan serius’ untuk mengemukakan petisyen baharu bagi pengampunan diraja, kata peguamnya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.

Beliau mengesahkannya kepada media di kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini.

Pada 2 Februari lalu, Urusetia Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan bagi Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya mengumumkan Najib diberikan pengurangan hukuman penjara dan denda.

Lembaga Pengampunan bersetuju untuk bekas Ahli Parlimen Pekan itu dibebaskan pada tarikh awal, iaitu 23 Ogos 2028 dan denda asal yang perlu dibayarnya, iaitu RM210 juta dikurangkan kepada RM50 juta.

Jika denda itu tidak dibayar, tempoh penjara Najib akan ditambah setahun di mana tarikh pembebasan beliau adalah pada 23 Ogos 2029.

Najib ketika ini sedang menjalani hukuman di penjara Kajang. – 7 Februari, 2024

BERITA SELANJUTNYA MENYUSUL

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

◉ Related