HEADLINES

Penggabungan MAVCOM, CAAM akan dibawa ke Parlimen tahun ini: Loke

Perkara itu dijangka dibawa ke Parlimen tahun ini, sama ada pada sesi kedua atau ketiga

10:22 PM MYT

 

SEPANG – Penggabungan antara Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) dan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) sebagai satu agensi tunggal kawal selia penerbangan, masih dalam perbincangan, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Beliau berkata perkara itu dijangka dibawa ke Parlimen tahun ini, sama ada pada sesi kedua atau ketiga.

Loke berkata demikian selepas pelepasan penumpang Batik Air dari Kuala Lumpur ke Sibu, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, di sini hari ini.

Sesi kedua persidangan Parlimen dijangka bermula 24 Jun hingga 18 Julai manakala sesi ketiga dijangka pada 7 Okt hingga 5 Dis.

Penggabungan antara Mavcom dan CAAM diumumkan oleh Loke pada 2019.

Pada masa ini, Malaysia merupakan satu daripada beberapa negara yang mempunyai dua pengawal selia penerbangan iaitu MAVCOM dan CAAM.

MAVCOM menyelia bahagian kewangan, komersial dan ekonomi syarikat penerbangan, manakala CAAM melihat aspek teknikal.

Sementara itu Pengarah Strategi Kumpulan Batik Air Datuk Chandran Rama Muthy yang turut bersama pada majlis itu berkata syarikat penerbangan itu memulakan semula penerbangan antara Kuala Lumpur dan Sibu dua kali sehari bermula 6 Feb, bagi memenuhi keperluan pasaran dan juga selaras dengan inisiatif kerajaan meningkatkan kekerapan penerbangan antara Semenanjung dan Malaysia timur.

Beliau berkata disebabkan permintaan tinggi sempena sambutan Tahun Baharu Cina, Batik Air akan menawarkan penerbangan tambahan antara 6 hingga 9 Feb pada jam 5 petang dan dari Sibu pada 7.55 petang. – 7 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

[WATCH] GP fee hike may finally end clinic medicine markups: Dr Thirunavukarasu

Malaysian Medical Association president says decades of suppressed consultation rates forced clinics to rely on medicine sales — but warns patients will still bear rising healthcare costs despite long-overdue reforms

Right-wing commentator Ian Miles Cheong under police scrutiny

According to authorities, investigation focuses on alleged social media posts that could incite public unrest

Related