Azraai tidak mahu terima gelaran selepas meninggal dunia

Pesanan itu sering disebut berulang kali namun Mohd Azraai tidak menunjukkan sebarang perubahan lain dalam tempoh beberapa hari kebelakangan ini

8:25 PM MYT

 

ALOR SETAR – Jurulatih berpengalaman Mohd Azraai Khor Abdullah yang meninggal dunia tengah hari tadi, ada menitipkan pesan kepada keluarganya supaya tidak menerima apa-apa gelaran diberikan selepas beliau meninggal dunia.

Menurut isterinya, Rohani Ibrahim, 64, pesanan itu sering disebut berulang kali namun Mohd Azraai tidak menunjukkan sebarang perubahan lain dalam tempoh beberapa hari kebelakangan ini.

“Kalau orang nak bagi saya gelaran datuk ke apa ke, tolong jangan ambil. Itu yang dia pesan kat saya banyak kali,” katanya ketika ditemui pemberita di sebuah hospital swasta di sini hari ini.

Mohd Azraai, 72, disahkan meninggal dunia di sebuah hospital di Kedah selepas diserang strok hari ini.

Rohani berkata suaminya kurang sihat sejak empat hari lepas kerana mengalami kesukaran membuang air besar sehingga menyebabkan perutnya kembung dan rasa menyucuk di bahagian perut.

“Saya bawa ke klinik dan doktor maklumkan tekanan darahnya agak tinggi, mungkin kerana kurang tidur dan telah berikan ubat.

“Biasanya selepas makan ubat, dia akan rasa lega tetapi kali ini tidak. Dia kelihatan letih dan banyak terbaring. Pagi tadi, selepas siapkan sarapan dan beri makan ubat, saya keluar cari buah betik, tetapi semasa saya suapkan buah itu dia buang, suap air pun meleleh keluar semula,” katanya.

Oleh kerana bimbang dengan keadaan Mohd Azraai, Rohani telah meminta anaknya untuk menghubungi ambulans dan ketika dalam ambulans keadaannya seperti terkena serangan strok dan nafas semakin laju.

“Doktor cuba selamatkannya tetapi keadaan ketika itu memang sudah kritikal dan minta kami bersiap sedia. Lama juga doktor cuba selamatkan tetapi selepas itu kami dimaklumkan dia telah meninggal dunia.

“Walaupun terkejut, saya dan keluarga reda dengan ketentuan Allah. Dia orang yang baik, pergi pada bulan yang baik. Tetapi saya sedih kerana hasratnya untuk menghantar anak perempuan kami menyambung pengajian di Universiti Teknologi MARA Segamat pada Mac ini tidak kesampaian,” katanya.

Sementara itu, Rohani menyifatkan pemergian suaminya itu satu kehilangan besar dalam arena bola sepak negara.

“Dia bangga menjadi anak jati Kedah dan minat terhadap sukan bola sepak itu tidak pernah berakhir kerana sudah sebati dengan jiwanya. Ramai hormatinya kerana dia tak pernah sombong, walaupun sudah bersara, dia masih menyumbang idea, berkongsi pengalaman dengan sesiapa sahaja,” katanya.

Allahyarham atau nama asalnya Khor Sek Leng merupakan bekas pemain Kedah era 1970-an dan pernah menyarung jersi skuad kebangsaan dari 1975 hingga 1978.

Mohd Azraai juga berjaya membawa Kedah muncul juara double treble pada 2007 dan 2008, selain pernah membimbing beberapa pasukan lain seperti Negeri Sembilan dan Perak serta menjadi ketua jurulatih skuad Harimau Muda pada 2010. – 8 Februari, 2024

Topics

Hangat

Saya juga manusia, punya hati: Ning Baizura sedih, terguris diri digelar Kristian, keluarga dikritik

Jelas Ning, beliau kecewa kerana daripada satu perkara kecil, ia diperbesarkan segelintir netizen, termasuk menyerang Instagramnya dengan kata-kata hinaan

Iranian President Ebrahim Raisi confirmed dead as burnt helicopter wreckage found

No survivors have been found since crashed helicopter site was discovered, says Iranian Red Crescent Society

Two bullets, profane letter in my mailbox: Teresa Kok lodges report on death threat

Seputeh MP shares her distress after discovering threatening note while retrieving her mail yesterday; police have inspected the scene at her residence

Related