HEADLINES

Taib Mahmud di Kuala Lumpur, terima rawatan di sebuah hospital swasta: Ketua Polis Negara

Kertas siasatan konon ‘dilarikan’ telah dihantar ke Pejabat Pendakwaan Negeri Sarawak

8:05 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud kini mendapat rawatan susulan di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi Scoop.

Malah beliau berkata, kertas siasatan mengenai dakwaan kononnya Taib Mahmud ‘dilarikan’ dari sebuah hospital di Kuching, Sarawak sebelum ini telah dihantar ke Pejabat Pendakwaan Negeri Sarawak semalam dan masih menunggu arahan lanjut.

“Bekas TYT (Tuan Yang Terutama) Sarawak (Taib Mahmud) kini mendapat rawatan susulan di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur.

“Laporan polis yang tersebar (mengenai Taib Mahmud sebelum ini) adalah laporan yang sahih dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengklasifikasikan siasatan di bawah Seksyen 336 Kanun Keseksaan.

“Ia bukan atas insiden dilarikan tersebut tetapi lebih kepada perbuatan yang mungkin boleh membahayakan kesihatan bekas TYT itu,” katanya.

Razarudin berkata, tıada istilah dilarikan kerana yang membawa keluar dan balik ke rumah adalah isteri bekas TYT tersebut.

“Orang ramai dinasihatkan untuk tidak menyebarkan maklumat yang tidak benar sehingga boleh menimbulkan pelbagai spekulasi,” tegasnya.

Dalam laporan sebelum ini, Razarudin berkata, dakwaan bahawa bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak itu diculik adalah tidak masuk akal kerana ketika itu Taib Mahmud berada di kediamannya.

Beliau turut meminta supaya fakta mengenai Taib Mahmud yang sebelum ini dikatakan telah dilarikan itu, diperbetulkan.

Jelasnya, polis telah menerima beberapa laporan kononnya beliau telah dilarikan dan telah membuka kertas siasatan.

Terdahulu tular di media sosial kononnya Taib Mahmud telah diculik dari hospital di Sarawak oleh seorang ahli keluarganya.

Laporan itu mendakwa lewat malam Sabtu lalu, seorang ahli keluarga terdekat telah mengeluarkan semua peralatan perubatan yang melekat pada tubuh Taib Mahmud tanpa memaklumkan kakitangan hospital.

Susulan itu, Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata dalam kenyataannya berkata, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak sedang menyiasat hantaran di media sosial itu.

Toh Puan Raghad Kurdi Taib yang juga isteri kepada Taib Mahmud menafikan dakwaan beliau mengeluarkan suaminya itu dari sebuah hospital di Sarawak.

Melalui hantaran di Instagram, beliau berkata, apa yang didakwa itu adalah tidak benar dan mendakwa membuktikannya menerusi nota tulisan tangan jururawat.

Nota itu turut diselitkannya melalui hantaran berkenaan. – 10 Februari, 2024


Topics

 

Hangat

Jho Low is now ‘Constantinos Achilles’, lives luxuriously in Shanghai: US reporters

The former playboy financier linked to 1MDB scandal is allegedly using a fake Aussie passport to move around China

Putra Ahmad Merrah teruja berlakon, jadi hero kecil dalam filem Rebel arahan Datuk Awie

Putra Ahmad Merrah atau mesra disapa Merrah berkata, pada awalnya tidak menjangka berpeluang membawakan watak hero, Luka yang diterajui Ben Amir sewaktu zaman remaja di dalam filem itu.

[WATCH] GP fee hike may finally end clinic medicine markups: Dr Thirunavukarasu

Malaysian Medical Association president says decades of suppressed consultation rates forced clinics to rely on medicine sales — but warns patients will still bear rising healthcare costs despite long-overdue reforms

Related