Keputusan kes Nik Elin: Keupayaan Mahkamah Syariah didakwa akan dilihat semakin longgar, lemah

Kenyataan kononnya kesalahan syariah boleh didakwa di Mahkamah Sivil yang memperuntukkan hukuman lebih berat tidak berlandaskan realiti sebenar

8:37 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung kes dikemuka peguam, Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid menyebabkan keupayaan Mahkamah Syariah didakwa akan dilihat semakin longgar.

Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari berkata, keputusan menyaksikan mahkamah mengisytiharkan 16 kesalahan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 terbatal dan tidak sah itu juga seperti menunjukkan kemampuan Mahkamah Syariah semakin lemah.

Katanya, kenyataan ramai pihak kononnya kesalahan syariah boleh didakwa di Mahkamah Sivil yang memperuntukkan hukuman lebih berat sebenarnya tidak berlandaskan realiti sebenar.

“Realitinya tidak begitu. Saya ambil contoh, kes Iki Putra di Selangor, dia didakwa di Mahkamah Syariah atas kesalahan liwat. Pada 2021, dia fail di Mahkamah Sivil memohon dibatalkan pendakwaannya kerana mendakwa kesalahan ini boleh didakwa di Mahkamah Sivil.

“Mahkamah benarkan permohonan ini dan dia tak boleh didakwa di Mahkamah Syariah. Sepatutnya jika dia tak boleh didakwa di Mahkamah Syariah, dia patut didakwa di Mahkamah Sivil.

“Tapi tiga tahun sudah berlalu, Iki Putra masih belum didakwa di mana-mana Mahkamah Sivil. Ini realitinya yang berlaku,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Ceramah Perdana dan Majlis Perasmian Minggu Al-Quds Sedunia Peringkat Malaysia 2024 seperti disiarkan menerusi Facebook malam tadi.

Keputusan Mahkamah Persekutuan menimbulkan kegusaran dalam kalangan umat Islam di negara ini. – Abdul Razak Latif/Scoop, 11 Februari, 2024

Pada masa sama, Fadhli berkata, dengan keputusan ditetapkan Mahkamah Persekutuan itu, hukuman lebih rendah kepada pesalah di Mahkamah Syariah juga tidak sepatutnya dijadikan isu atau topik perbincangan.

Bagaimanapun, Fadhli berkata, sekiranya hukuman rendah diperuntukkan Mahkamah Syariah itu menjadi isu, seharusnya ia ditetapkan pada kadar lebih tinggi.

“Kalau hukuman Mahkamah Syariah rendah, bagi peluang tinggikan hukuman (mahkamah ini), bukannya perlu dicabar sehingga menyebabkan undang-undang syariah berkenaan menjadi tidak sah.

“Kita bukan nak bincang tinggi rendah hukuman. Kalau nak bincang tinggi rendah hukuman, bagilah kuasa kepada Mahkamah Syariah letakkan hukuman lebih tinggi daripada hukuman tiga tahun penjara, RM5,000 denda dan enam kali sebatan,” katanya.

Terdahulu, Mahkamah Persekutuan semalam membatalkan 16 peruntukan kesalahan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 yang dikemukakan Nik Elin Zurina dan anak perempuannya, Tengku Yasmin Nastasha Tengku Abdul Rahman.

Kata Ahmad Fadhli Shaari, Mahkamah Syariah sepatutnya diberi peluang meninggikan hukuman, bukannya dicabar sehingga menyebabkan undang-undang syariah berkenaan menjadi tidak sah. – Abdul Razak Latif/Scoop, 11 Februari, 2024

Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Man yang mengetuai sembilan panel, menyampaikan keputusan majoriti Hakim 8-1, di mana mereka mengekalkan Seksyen 13 (menjual atau memberikan anak kepada bukan Islam atau orang Islam yang rosak akhlaknya).

Justeru, Mahkamah Persekutuan mengisytiharkan bahawa 16 peruntukan termasuk Seksyen 14 (liwat), Seksyen 16 dan 17 (hubungan seksual dengan mayat dan bukan manusia) serta Seksyen 42 (penyalahgunaan label dan konotasi halal) adalah terbatal.

Tengku Maimun berkata, dua peruntukan iaitu Seksyen 5 (tuntutan palsu) dan Seksyen 37 (perjudian) yang ditarik balik oleh kedua-duanya tahun lepas dianggap sah.

Dengan keputusan berkenaan, Badan Perundangan Negeri Kelantan, tidak lagi mempunyai bidang kuasa menggubal 16 peruntukan undang-undang yang dipertikaikan itu. – 11 Februari, 2024

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

[UPDATED] Desperate, doomed move: Lokman Adam claims Daim, Dr Mahathir behind Langkah Dubai  

Langkah Dubai, a move by the opposition to topple Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s administration, is allegedly masterminded by former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad and his right-hand man Tun Daim Zainuddin.

Hartalega Holdings falls prey to ransomware attack, internal systems down

According to an urgent notice sent out by its IT team to personnel in the Bursa-listed firm’s wholly-owned subsidiaries Hartalega NGC Sdn Bhd and Hartalega Sdn Bhd, a number of applications and softwares are currently inaccessible due to the attack.  

Related