HEADLINES

Tokong berusia 64 tahun terbakar

Tokong itu antara yang tertua di daerah Segamat

9:27 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sebuah tokong yang berusia 64 tahun di Jalan Genuang, Segamat terbakar malam tadi.

Tokong itu dikatakan antara tokong yang tertua di daerah berkenaan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Bandar Baru Segamat berkata, kejadian pada jam 8.25 malam itu, mengakibatkan bahagian hadapan dan bumbung rumah ibadat terbabit musnah kira-kira enam peratus.

“Sepasukan 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Baru tiba di lokasi kira-kira 10 minit selepas mendapat panggilan kecemasan,” katanya.

Menurutnya, tiada kemalangan jiwa berlaku susulan kebakaran itu.

“Punca kebakaran ini masih dalam siasatan,” katanya seperti dilaporkan media. – 11 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Related