◉ HEADLINES

Undi tidak rasmi tunjukkan Prabowo mendahului pusingan pertama Pilihan Raya Indonesia, bakal ganti Jokowi

6:19 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Keputusan tidak rasmi Pilihan Raya Umum Indonesia menunjukkan Prabowo Subianto sedang mendahului pesaingnya dan bakal mencatatkan kemenangan jika pusingan pertama itu dikekalkan.

Reuters melaporkan pencabarnya, Anies Baswedan dan Ganjar Pranowo masing-masing memperoleh 25% dan 17%, berdasarkan kepada badan bebas yang melancarkan ‘kiraan pantas’ sebaik proses pengundian berakhir.

Keputusan rasmi dijangka hanya diketahui selepas beberapa minggu proses pengundian diadakan.
Berdasarkan kepada corak kemenangan itu, ia memberikan petunjuk kepada kemenangan pusingan pertama kepada Probowo.

Untuk menang pusingan pertama, calon memerlukan lebih 50% undi dan sekurang-kurangnya 20% undi di lebih separuh wilayah negara itu untuk jawatan presiden.

Prabowo yang bertanding buat kali ketiga selepas kalah pada 2014 dan 2019 kepada Joko Widodo atau lebih dikenali sebagai Jokowi kini bergandingan dengan anak sulung Jokowi, Gibran Rakabuming Raka sebagai regunya untuk calon naib presiden.

Gibran, yang berusia 36 tahun, juga adalah Datuk Bandar Surakarta.

Lebih 200 juta orang layak mengundi dalam salah satu pilihan raya yang besar dan kompleks. – 14 Februari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

◉ Related