HEADLINES

3 pegawai Aman Palestin akan didakwa dengan 100 pertuduhan di mahkamah esok

Mereka akan dituduh di bawah Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFPUAA) 2001

7:45 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tiga individu termasuk seorang yang menjawat jawatan Ketua Pegawai Eksekutif sebuah syarikat, akan didakwa dengan lebih 100 pertuduhan di mahkamah kerana disyaki terlibat dalam kes penggubahan wang haram hasil penyelewengan dana derma awam Aman Palestin.

Sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, semua suspek berusia dalam lingkungan 40 hingga 50-an telah ditahan kira-kira jam 11.30 pagi tadi di pejabat SPRM Putrajaya, ketika mereka hadir memberikan keterangan.

“Ketiga-tiga orang kena tangkap (OKT) termasuk seorang yang menjawat jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif sebuah syarikat akan didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor pada jam 9.00 pagi esok dengan lebih 100 pertuduhan.

“Siasatan awal mendapati kesemua OKT terlibat dengan perbuatan itu di antara tahun 2018 hingga 2023,” kata sumber tersebut.

Jelasnya, mereka akan dituduh di bawah Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFPUAA) 2001.

Pada November tahun lalu, media melaporkan SPRM membekukan 41 akaun bank berkaitan Aman Palestin berjumlah RM15.86 juta sebagai sebahagian daripada siasatannya terhadap dakwaan penyelewengan dalam aktiviti pengumpulan dana NGO itu.

Arahan pembekuan itu membimbangkan NGO terbabit, yang mengancam untuk membawa SPRM ke mahkamah kerana cubaan ‘berniat jahat’ untuk mencemarkan nama baik mereka.

SPRM turut menyerbu dan menggeledah premis Aman Palestin bagi mendapatkan dokumen pengurusan kewangan NGO terbabit sepanjang operasi mereka lima tahun lalu.

Siasatan awal mengenal pasti isu melibatkan penyelewengan dana yang dianggarkan berjumlah RM70 juta, dengan dana tersebut kononnya dialihkan untuk tujuan selain daripada objektif penubuhan syarikat. – 8 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related