◉ HEADLINES

Wanita putus urat tangan dilibas pedang samurai

Wanita terbabit mendapat rawatan awal di Klinik Kesihatan Masjid Tanah sebelum dihantar ke Hospital Melaka

7:57 PM MYT

 

ALOR GAJAH – Seorang wanita putus urat tangan kiri selepas terkena libasan pedang samurai dalam kejadian cubaan samun di hadapan sebuah kedai dobi di Masjid Tanah, semalam.

Ketua Polis Melaka Datuk Zainol Samah berkata kejadian berlaku kira-kira 6.30 pagi ketika wanita berusia 36 tahun itu sedang memandu kereta ke tempat kerjanya.

Beliau berkata kereta mangsa telah disekat sebuah kereta lalu dua lelaki bersenjatakan pedang samurai keluar daripada kereta itu menuju ke kereta mangsa.

“Suspek bertindak memecahkan cermin hadapan, tingkap kiri serta kanan kereta mangsa menggunakan pedang itu yang kemudian turut terkena tangan mangsa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Zainol mangsa kemudian mengundurkan keretanya dan terlanggar kereta di tepi jalan ketika berusaha melarikan diri ke Balai Polis Masjid Tanah.

Zainol berkata wanita terbabit mendapat rawatan awal di Klinik Kesihatan Masjid Tanah sebelum dihantar ke Hospital Melaka.

“Hasil siasatan awal, mangsa mengatakan bahawa dia tidak mengenali suspek serta tidak bergaduh dengan sesiapa kebelakangan ini.

“Siasatan juga mendapati kereta milik mangsa mengalami kerosakan di cermin pintu hadapan kiri dan kanan serta di cermin hadapan selain terdapat kesan langgar di bahagian belakang,” katanya.

Mangsa tidak kehilangan barangan berharga dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 393 Kanun Keseksaan kerana cuba rompak dan Seksyen 427 kanun sama kerana khianat. – 14 Februari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Feathers ruffled over hornbill flap – Joseph Masilamany

Why getting Sarawak’s state bird right matters more than you think 

◉ Related