HEADLINES

Warga Bangladesh dalang utama sindiket Program Rekalibrasi 2.0 ditahan

Jabatan Imigresen rampas 206 pasport Bangladesh, Indonesia, India, Pakistan, Nepal dan Thailand

5:43 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Jabatan Imigresen menumpaskan satu sindiket Program Rekalibrasi 2.0 dalam satu operasi khas semalam dengan penahanan seorang lelaki warga Bangladesh yang disyaki sebagai ‘dalang utama’ sindiket berkenaan.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh berkata, semasa ditahan, suspek yang berusia 31 tahun tidak mempunyai pas yang sah untuk berada di negara ini.

Menurut beliau, operasi bermula jam 10 malam tadi dan serbuan dilakukan di sebuah premis di sekitar Petaling Jaya, Selangor.

“Pasukan operasi telah merampas wang tunai sebanyak RM2,000, 188 naskhah pasport Bangladesh, lima naskhah pasport Indonesia, masing-masing empat naskhah pasport India, Pakistan dan Nepal selain senaskhah pasport Thailand, pelbagai borang permohonan Program RTK 2.0 dan sebuah komputer riba.

“Modus operandi sindiket adalah menyasarkan warganegara dari negara sumber seperti Bangladesh, India, Pakistan, Indonesia, Nepal dan Thailand yang mempunyai masalah di Malaysia seperti tiada dokumen pengenalan diri dan visa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ruslin memberitahu, suspek akan mencari dan menghampiri mereka yang bermasalah ini dan kemudiannya menawarkan perkhidmatan yang disediakan seperti urusan permohonan Program RTK 2.0 di pejabat Imigresen.

Katanya, sindiket akan mendaftarkan syarikat bersama warganegara Malaysia bagi mengaut keuntungan dengan memanipulasi Program RTK 2.0.

“Sindiket ini dipercayai telah beroperasi selama setahun dan mengenakan bayaran sekitar RM7,000 bagi setiap warga asing berkenaan. Suspek ditahan kerana disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-peraturan Imigresen 1963 dan ditahan di Depot Imigresen Putrajaya untuk siasatan lanjut.

“Selain itu seorang wanita warga tempatan diberikan notis untuk hadir ke pejabat bagi membantu siasatan. Jabatan akan meneruskan tindakan tegas ke atas mana-mana pihak yang didapati melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966, Peraturan-peraturan Imigresen 1963 dan Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM),” katanya. – 15 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Govt to raise alcohol excise duty by 10% from November 2025, tobacco taxes also up: Anwar

Prime Minister says the move, announced under Budget 2026, aims to promote healthier lifestyles and reduce access to alcohol and tobacco, with additional revenue channelled to the Health Ministry

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

Related