HEADLINES

SPRM kaji semula peruntukan undang-undang lapuk

Kajian itu perlu dibuat memandangkan peruntukan lapuk dalam beberapa undang-undang sedia ada dikenal pasti sebagai antara faktor yang membuka ruang kepada amalan rasuah, terutama dalam kalangan penjawat awam

10:56 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang melaksanakan kajian semula ke atas keseluruhan peruntukan dalam beberapa undang-undang sedia ada yang sudah lapuk.

Mendedahkan perkara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, kajian akan dilaksanakan bersama pihak berkaitan itu perlu dibuat, memandangkan peruntukan lapuk dalam beberapa undang-undang sedia ada dikenal pasti sebagai antara faktor yang membuka ruang kepada amalan rasuah, terutama dalam kalangan penjawat awam.

Katanya, sebagai contoh, kontrak pemerolehan secara rundingan terus membabitkan nilai RM50,000, ia tidak pernah disemak sejak ditetapkan pada 1990-an.

“Ini sekali gus menyebabkan ramai kontraktor mungkin memberi rasuah untuk memenangi tender.

“Penetapan nilai kontrak pemerolehan secara rundingan terus sepatutnya disemak secara berkala untuk disesuaikan dengan kadar semasa, seiring perubahan nilai mata wang,” katanya.

Azam berkata demikian pada program Dialog TVS bertajuk Integriti: Sejauh Mana Ketelusan Dinilai malam tadi.

Pada masa sama, Azam memaklumkan, kontraktor sivil hanya meraih keuntungan maksimum 15 peratus daripada nilai kontrak.

“Bayangkan kalau RM50,000 dan mereka bersusah payah untuk mendapatkan kontrak, mereka hanya meraih keuntungan bernilai RM7,500. Apakah nilai RM7,500 kalau projek berkenaan dibuat di atas bukit? Harga kereta dan hantaran kahwin pun sudah naik, mana ada yang rendah. Justeru, kita perlu tengok nilai (mata wang) semasa.

“Perkara kecil seperti ini perlu dilihat, untuk melihat isu tadbir urus atau tatakelola umpamanya, perihal pemerolehan perlu diperbetul dan ditambah baik dari semasa ke semasa,” katanya.

Azam berkata, SPRM juga sedang meneliti proses lapuk berhubung kawalan syarikat monopoli di negara ini.

“Bayangkan mereka (syarikat monopoli) dibayar dua atau tiga peratus, ia sebenarnya tidak salah mengikut undang-undang. SPRM membuat intervensi dan menyiasat perkara ini, selain mengemukakan ruang yang perlu dilihat dalam memperbetul tadbir urus.

“Budaya (tatakelola baik) tidak dapat diwujudkan tanpa memperbetul sistem dan proses supaya ada panduan kepada masyarakat di negara ini,” katanya dengan menyatakan tiada undang-undang yang mampu menghalang dan menangani isu berkenaan.

Sementara itu, Azam berkata, SPRM akan menyiasat kes rasuah berprofil tinggi yang lain sekiranya ada pihak tampil menyalurkan maklumat, sama ada kes baharu atau kes lama.

“Kadang-kadang kami (SPRM) tidak ada akses kepada informasi itu kerana benda sudah lama berlaku.

“Kita (yang merupakan) generasi baharu ini tidak tahu. Memang benar, saya hidup pada zaman itu, namun saya tidak terlibat dalam sistem itu. (Sekarang) tindakan perlu diambil (kerana) sudah menjadi tanggungjawab saya,” katanya. – 16 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Related