Ekonomi Malaysia berkembang 3 peratus pada suku keempat, ringgit meningkat: BNM

Institusi kewangan negara itu memaklumkan, inflasi utama pada suku sama, terus menurun

12:37 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ekonomi Malaysia berkembang 3.0 peratus pada suku keempat 2023, manakala pertumbuhan keseluruhan kembali normal pada 3.7 peratus.

Bank Negara Malaysia (BNM) memaklumkan, perkembangan itu dicatatkan berikutan pertumbuhan kukuh direkodkan pada tahun sebelumnya yang disokong aktiviti ekonomi dan keadaan pasaran pekerja yang terus pulih, walaupun tiada sokongan dasar besar dalam negeri apabila ekonomi mula berkembang pada 2022.

Katanya, inflasi utama pada suku keempat 2023, terus menurun kepada 1.6 peratus, berbanding dua peratus ditunjukkan pada suku ketiga tahun sama, disumbangkan pengurangan inflasi makanan segar dan inflasi teras, manakala bagi keseluruhan 2023, inflasi keseluruhan susut kepada 2.5 peratus daripada 3.3 peratus pada 2022 dan inflasi teras berpurata pada 3.0 peratus.

“Walaupun kekurangan sokongan dasar yang besar ketika ekonomi mula dibuka pada 2022, pemulihan berterusan dalam aktiviti ekonomi dan pasaran buruh menyokong pertumbuhan pada 2023.

“Ringgit (turut) meningkat sebanyak 2.1 peratus berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada suku keempat 2023, sejajar dengan mata wang serantau berikutan penyusutan meluas dalam dolar AS.,” katanya menerusi kenyataan.

Menurutnya, pertumbuhan sederhana dalam persekitaran luaran yang mencabar pada tahun lepas, berikutan pertumbuhan kukuh sebanyak 8.7 peratus dicatatkan pada 2022.

Pada asas suku tahunan terlaras secara bermusim, ekonomi menguncup sebanyak 2.1 peratus berbanding pertumbuhan sebanyak 2.6 peratus pada suku ketiga. 

Jelasnya, lebihan akaun semasa pada 2023 mampan pada 1.2 peratus daripada KDNK, disokong  kepelbagaian struktur eksport dalam pasaran dan produk walaupun persekitaran luaran mencabar.

“Apa yang penting, hutang luar negeri kekal terurus berikutan profil tempoh matang dan mata wang yang menggalakkan.

“Satu pertiga daripada hutang luar negeri adalah dalam denominasi ringgit, mengehadkan risiko mata wang, manakala kira-kira 70 peratus daripada hutang mempunyai tempoh jangka sederhana dan panjang,” katanya.

Pada masa sama, BNM berkata, peminjaman dalam mata wang asing juga adalah tertakluk kepada keperluan kehematan pihaknya dan terus terdiri, terutama daripada pinjaman antara kumpulan secara konsesi.

“Pada suku keempat 2023, perbelanjaan isi rumah terus disokong keadaan pasaran pekerja yang bertambah baik dan tekanan kos yang mereda.

“Kadar pengangguran menurun kepada paras sebelum pandemik iaitu 3.3 peratus, manakala kadar penyertaan tenaga kerja mencapai paras tertinggi pada 2023,” katanya.

Bagi 2024, BNM berkata, pertumbuhan akan didorong perbelanjaan dalam negara yang berdaya tahan dan permintaan luaran yang bertambah baik, dengan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) mengunjurkan pertumbuhan perdagangan global kembali meningkat daripada 0.4 peratus pada 2023 kepada 3.3 peratus pada 2024.

“Bersama-sama dengan peningkatan kitaran teknologi, permintaan luaran lebih kukuh dan sektor pelancongan yang terus bertambah baik akan memberikan sokongan kepada eksport Malaysia,” katanya.

Inflasi dijangka kekal sederhana pada 2024, katanya, mencerminkan secara amnya keadaan kos dan permintaan yang stabil.

“Bagaimanapun, prospek inflasi terus sangat dipengaruhi perubahan dasar dalam negara mengenai subsidi dan kawalan harga serta perkembangan harga komoditi dan pasaran kewangan global,” tambahnya. – 16 Februari, 2024

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

[UPDATED] Lazada’s Malaysian office not spared from major layoffs

Employees across various departments at Lazada Malaysia's office have allegedly been informed about an impending meeting with the company's human resources team in the next few days. 

Ibu Zayn Rayyan ‘tinggalkan’ media sosial, tak tahan komen jahat netizen kaitkan dengan pembunuhan

Menurut Zahari Mohd Reba, menantunya itu masih lagi trauma dan terkesan di atas kehilangan Zayn Rayyan, yang ditemukan mati dibunuh di saliran air kira-kira 100 meter dari kediaman mereka di Apartmen Idaman, Damansara Damai pada 6 Disember tahun lalu

Related