◉ HEADLINES

Belukar seluas 0.4 hektar berhampiran bangunan JPJ Kuala Kubu Bharu, terbakar

Kebakaran tersebut dipercayai punca dari pembakaran tayar terpakai

6:59 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kebakaran belukar seluas kira-kira 0.4 hektar dilaporkan sedang berlaku di berhampiran bangunan JPJ Kuala Kubu Bharu.

Kerja-kerja memadamkan kebakaran sedang dijalankan oleh Bomba.

Kebakaran tersebut dipercayai punca dari pembakaran tayar terpakai.

Bagaimanapun, tindakan pantas Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor berjaya menghalang api marak daripada merebak dan membahayakan keadaan sekeliling.

Dalam pada itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar ketika dihubungi Buletin TV3 berkata berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 6.10 petang.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan setakat jam 7.15 petang, kerja pemadaman masih giat dijalankan. – 16 Februari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Tragedi lori jatuh laut, pemandu ditemukan lemas

Seorang lelaki berusia 24 tahun, dipercayai lemas selepas lori yang dipandunya terjatuh ke dalam laut di Dermaga Pelabuhan Barat, Klang di sini, hari ini.

Seedance 2.0 and Napster: History repeating in digital disruption, backlash, and forced evolution? – K V Soon

From Hollywood backlash to forced evolution, generative AI tools like Seedance 2.0 pose both challenges and opportunities for Malaysia’s film, animation, and cultural sectors

Stop pampering the two-wheeled road ruffians! – Ravindran Raman Kutty

For too long, politics pampered road ruffians. Now their menace has matured into road terrorism — and leaders must stop stroking the tiger

◉ Related