HEADLINES

Fahmi muncul dalam episod pertama ‘Ini Kopi Kita: Sembang Anak Malaysia’ esok

Fazura akan menjadi panel bagi episod sulung program bual bicara itu yang akan mengupas topik 'Fear of Missing Out'

5:20 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil akan muncul dalam episod pertama program bual bicara terbitan Jabatan Penerangan (JaPen), ‘Ini Kopi Kita: Sembang Anak Malaysia’, yang akan disiarkan pada pukul 10.30 pagi esok, di laman media sosial rasmi JaPen.

Pelakon, penyanyi dan usahawan tempatan, Fazura atau nama penuhnya, Nur Fazura Shariffudin akan menjadi panel bagi episod sulung program bual bicara itu, yang akan mengupas topik Fear of Missing Out (FOMO).

“FOMO merupakan topik yang diketengahkan, ia menyentuh mengenai kebimbangan sosial daripada impak digitalisasi dalam kalangan rakyat, terutamanya generasi muda, serta meneroka pengalaman panel bagi menguruskan perasaan takut ketinggalan terhadap sesuatu perkara baharu,” menurut JaPen dalam satu kenyataan hari ini.

JaPen memaklumkan program bual bicara berkonsep santai itu, menyasarkan penglibatan generasi muda khususnya pelajar institusi pengajian tinggi.

Kenyataan itu memaklumkan ‘Ini Kopi Kita: Sembang Anak Malaysia’ turut akan membincangkan topik berkaitan dasar, inisiatif kerajaan Madani, di samping memupuk semangat patriotik, keharmonian dan integrasi nasional.

“Program bual bicara enam episod itu berdurasi antara 30 dan 45 minit, yang terbahagi kepada tiga segmen utama iaitu Tentang Kita, Korang Tanya dan Slot Richiamo, yang merupakan kerjasama JaPen bersama Jabatan Pendidikan Tinggi serta Richiamo Coffee Sdn Bhd,” menurut kenyataan itu.

JaPen yang ditubuhkan pada 20 Oktober 1945 merupakan jabatan di bawah Kementerian Komunikasi yang berperanan melaksanakan pelbagai aktiviti di peringkat akar umbi, dalam usaha membentuk komuniti yang bermaklumat. – 18 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related