◉ HEADLINES

Sebutan semula kes bunuh Bella ditetapkan 11 Mac, tunggu laporan forensik

Ia bagi membolehkan pihak pendakwaan membuat permohonan untuk memindahkan kes berkenaan ke Mahkamah Tinggi Muar

11:51 AM MYT

 

KUALA LUMPUR — Tarikh sebutan semula kes bekas posmen, Mohammad Haikal Mahfuz yang didakwa membunuh teman wanitanya yang juga ibu tunggal, Mila Sharmilah Samsusah ditetapkan oleh Mahkamah Majistret Batu Pahat pada 11 Mac ini.

Keputusan dibuat oleh Majistret Suhaila Shafi’uddin selepas pendakwaan yang diketuai Timbalan Pendakwa Raya, Siti Khalijah Khalid memaklumkan pihaknya belum menerima laporan forensik.

Ia bagi membolehkan pihak pendakwaan membuat permohonan untuk memindahkan kes berkenaan ke Mahkamah Tinggi Muar.

Haikal didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau pemenjaraan bagi tempoh tidak kurang 30 tahun atau tidak melebihi 40 tahun, sekiranya tidak dijatuhi hukuman mati serta sebatan tidak kurang 12 kali.

Mengikut pertuduhan, Haikal didakwa membunuh Mila Sharmilah antara 11 malam 14 Disember hingga 5.30 pagi 15 Disember 2023.

Perbuatan itu didakwa dilakukan lelaki itu di antara Jalan Kelapa Bali, Taman Soga sehingga Jalan Parit Besar, Kampung Parit Besar dan sebuah rumah terbiar di Lorong Imam Jailani, Jalan Besar, Tongkang Pechah, Batu Pahat.

Ia susulan penemuan rangka di rumah terbiar itu.

Kes kehilangan Bella dilaporkan oleh keluarganya pada 14 Disember lalu. Dia dikatakan mahu ke kedai dobi di Simpang Rantai, Batu Pahat dan rakaman CCTV menunjukkan wanita itu keluar ke pusat cucian bersama teman lelakinya. – 19 Februari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Malaysia pulls the plug on Kuwaiti Hornet deal after years of turbulence

RMAF walks away from costly, outdated aircraft amid rising concerns over integration, support, and long-term value

More than 100 Foodpanda riders protest over low wages at company headquarters

New Google Maps-based system forces riders to make more deliveries to make ends meet

◉ Related